"Bagi saya, watak jahat seronok dibawa sebab lebih bebas dari segi percakapan, pembawakan diri, kelakuan dan sebagainya.
"Selain itu, watak jahat lebih bebas berbanding watak baik kerana tidak terlalu terikat dengan adab, cara bercakap dan banyak lagi. Jadi, boleh dikatakan watak jahat ini lebih seronok.
"Walaupun saya suka bawa watak jahat, tetapi kebanyakan trofi anugerah diterima menerusi watak baik dalam drama atau filem.
"Belum pernah lagi saya menang menerusi dengan watak jahat," kata Nam Ron yang juga aktif dalam bidang pengarahan filem.
Mengulas kejayaan filem Walid yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS), aktor kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, ia adalah satu perkembangan positif terhadap industri filem tempatan.
"Saya rasa ini satu perkembangan yang baik walaupun ada juga orang yang memandang rendah. Ada komen sinikal mengenai penayangan filem Walid di New York dan Los Angeles.
"Ada yang mempersoalkan sambutan diterima, tetapi saya rasa itu bukanlah isunya. Kalau lihat, kita sendiri yang menerima jemputan menayangkan filem Walid, jadi ia juga satu kejayaan besar," katanya.
Sumber: BH Online