CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7387|Reply: 29

Peguam Nak Tarik Diri, Kemelut Kes Saman Penyanyi Siti Nordiana Bersambung...

[Copy link]
Post time 16-8-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Peguam mewakili Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, dijangka memohon menarik diri dalam kes saman oleh Siti Nordiana Alias.


Sam Musyadzafar Samin, 42, dan jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 42, disaman Siti Nordiana bersama dua rakan artis lain iaitu Lan Solo atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, dan Syura atau Zuraidah Badron, 35, selain isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim, 36.


Foto: IG




Peguam bela Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perkembangan baharu itu akan didengar pada pengurusan kes berkenaan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee, esok.


"engurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Syalia Ain Zainuddin hari ini, dilapangkan.


"Mahkamah menetapkan jam 9 pagi esok (hari ini) untuk dengar permohonan peguam defendan keempat (Sam Musyadzafar) dan kelima (Razidah) untuk menarik diri daripada mewakili mereka.


"Tarikh bicara masih dikekalkan melainkan ada arahan lain daripada hakim terbabit esok," katanya.


  



Perbicaraan kes saman itu ditetapkan selama 12 hari iaitu 3 hingga 5 Oktober, 7 hingga 9 November, 28, hingga 30 November serta 5 hingga 7 Disember ini.


Siti Nordiana, 39, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Sesyen di sini, pada 30 Julai 2021.


Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Nordiana mendakwa pada jam 11.58 malam 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya menerusi akaun Instagram masing-masing.




  



Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.


Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta dimuat naik semula ke akaun Youtube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.


Siti Nordiana berkata, jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun Youtube dijangka bertambah dan reputasi beliau dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.


Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai 2021 melalui serahan tangan dan e-mel kepada semua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam, selain ganti rugi RM200,000, namun mereka gagal berbuat demikian.


  



Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut semua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook, secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.


Beliau turut menuntut ganti rugi am RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 02:35 PM | Show all posts
lahhhh..... tertuduh tak mampu bayar peguam lettuw... atau dah terang benderang confirm kalah... ehehehehehe.. semoga lanjiao & bini kepam, zubedah bedon kepam, ponen PRO FMC kepam, dan mekap retis kampung tu melingkop ye nak bayar saman...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Go Nana..itula orng dh suruh buat permohonan maaf tpi taknak..hah ni makan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 02:55 PM | Show all posts
smoga ct nana menang..bongok punya kepamsss da la menghina ct nana live pastu soh mnta maaf x nak soh byar denda rm200k meseking lak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:03 PM | Show all posts
aku harap nana menang n semua yg kena saman tu melingkup.Masa susah nana tu cadang nama Lan n Syura tu dkt produksi utk berlakon, Michael Ang ckp nana minta selit nama Lan utk drama dia semanis honey tu, n syura citer cekelat semanis honey..last2 kata dia plak.Kawan x leh pakai mcm ni la
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Go siti nana moga melingkup tertonggeng yg lain tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2023 03:10 PM | Show all posts
Meh semua semua ni aku tak berkenan dan akan cepat2 tukar channel tv/radio kalau dengan suara diorg. Baik yg menyaman dan yg kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau turun kn ego mcm kes pasah sandah dgn nora danish dulu kan senang..mcm pasah tu..mintak je maap..malu pun sekali hadap je..yg pntg jimat kos peguam, tenaga nak turun naik mahkamah, denda ke saman..pastu boleh move on dan hidup aman2..lg pun da mmg terbukti korang bersalah..bnda da haplod..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ego sama tinggi dengan kebodohan. Kan senang if lan and the geng tu mintak jee maap kat siti dianaa nie. Lagipon memang korang pon yang salahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pa alif dan muka!! Semoga melingkup la dorg
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 04:08 PM | Show all posts
moga ada balasan di dunia utk kata2 fitnah depa tu. kalau haritu setel secara out of court kan senang. eh ke takde cubaan utk mediasi lgsg between depa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:15 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 16-8-2023 04:08 PM
moga ada balasan di dunia utk kata2 fitnah depa tu. kalau haritu setel secara out of court kan senan ...

dah pernah mediation kan tapi tak capai kata sepakat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yay nana..I liokeee...i nak u menang..semua tu kena diajar..potong sgt mengumpat
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bendera replied at 16-8-2023 03:03 PM
aku harap nana menang n semua yg kena saman tu melingkup.Masa susah nana tu cadang nama Lan n Syura  ...

Yih dah la mengata secara live. Adat la berkawan mmg ada baik buruk kwn tu. I jarang mengata org yg bebetul rapat walaupon rengsa dgn perangai kwn tu sbb i pon ada kelemahan. Tutup mata je la , pndang kebaikan sudah. Ni siap ajak public join mengata. Dah la nana x berlaki, ank ada sorang je, nmpk introvert. Ingatkan kwn2 yg ni boleh ceriakan hidup dia, rupanya tikam belakang. Hebat la nana boleh diam x merempan dkt ig tau2 proceed saman je. Entah kenapa xde yg berani nk memperisterikan nana ni. Perangai sheol punya la sopan. Kg.com tu tolak tepi jah. Ok lg dia ni dari ank dara gelek2 mcm leona tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 06:39 PM | Show all posts
Lankepam salu live sopi juai brg. Malas ku nak sapot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu bayar la tuuuu..kena cari pro bono peguam hadap retis laaaa syuro bibir slipar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:13 PM | Show all posts
yang bestnye depa boleh gang up berlima tu nak mengutuk kawan yg sorang2 tu...
politik dalam ofis pun mcmni la jugak... kalau sorg membe tu dpt naik position, yg tak dapat ramai2 tu mesti byk mulut tak puas hati...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
minah kampung ni tak reti mekap ke

mcm mekap opera cina jek..hiskkkkk patut laki tak moh..heiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut lantik akberdin
Dia kan pandai pujuk org berdamai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.071255 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list