Jakarta: Seorang wanita berusia 41 tahun terpaksa menahan sakit apabila alu lesung yang dimasukkan ke dalam kemaluannya tidak dapat dikeluarkan.
Menerusi laporan portal berita Disway, wanita tersebut datang ke sebuah pusat perubatan selepas gagal mengeluarkan alu tersebut.
Tidak hanya menahan sakit, kemaluan wanita itu juga mengalami pendarahan dan satu-satunya cara untuk mengeluarkan alu tersebut adalah dengan prosedur pembedahan.
Doktor yang merawatnya sempat bertanyakan beberapa soalan dan wanita tersebut mengakui berstatus janda dan baru sahaja bercerai.
Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek ke dalam kemaluannya dan masih tersekat di dalamnya.
“Selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi, pemindahan manual telah dilakukan, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.
Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” kata doktor yang merawat wanita itu.
Sumber: Disway |