CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 1

[Kelantan] 4,000 remaja bawah 18 tahun hamil setiap tahun

[Copy link]
Post time 16-8-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Kehamilan remaja berlaku apabila kurangnya pendidikan seksual disebabkan mereka tidak mengetahui kemungkinan akan mengandung sekiranya aktif seksual dengan teman lelaki. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Dianggarkan secara purata 4,000 remaja perempuan bawah 18 tahun dilaporkan hamil setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kehamilan remaja berlaku apabila kurangnya pendidikan seksual disebabkan mereka tidak mengetahui kemungkinan akan mengandung sekiranya aktif seksual dengan teman lelaki.

Pada masa sama, mereka juga terdedah kepada risiko seksual termasuk jangkitan kelamin atau STD serta kurang kesedaran akses kepada alat merancang kehamilan disebabkan mereka masih mentah.

Pensyarah Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Engku Husna Engku Ismail, berkata, kehamilan remaja boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti perkahwinan bawah umur atau kebanyakannya disebabkan aktiviti seksual bebas dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Katanya, selain itu, faktor sosial dan budaya iaitu pengaruh rakan sebaya, media sosial yang bebas, pornografi dan pemakaian yang menjolok mata atau mengikut 'trend', kurang komunikasi dan sokongan keluarga terbuka termasuk pendidikan kesihatan seksual, penjagaan diri dan maruah juga antara penyebab berlakunya kehamilan dalam kalangan remaja.

"Antara faktor lain yang turut menjadi punca berlakunya kehamilan dalam kalangan remaja ialah aspek sosioekonomi yang membabitkan kemiskinan, keluarga berpecah-belah, keganasan rumah tangga, penderaan mental, fizikal, seksual dari keluarga dan rakan.

"Masalah yang terdapat pada kehamilan remaja yang berisiko kesihatan dengan komplikasi mengandung ialah kekurangan darah (anemia), perkembangan bayi terbantut semasa dalam kandungan, cacat, darah tinggi, kemurungan ibu, kelahiran pramatang, kelahiran yang sukar, bayi lemas, tumpah darah, jangkitan kuman dan kematian ibu.

"Bayi yang dilahirkan juga berpotensi mengalami kurang berat badan, lemas sewaktu kelahiran sehingga boleh mengakibatkan kematian serta tidak akan disayangi seperti kanak-kanak lain semasa proses tumbesaran di atas pelbagai faktor," katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Engku Husna berkata, berdasarkan kajian penduduk dan keluarga Malaysia yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2015 mendapati pengetahuan mengenai aspek seksualiti dan kesihatan reproduktif masih rendah dalam kalangan remaja di Malaysia.

"Justeru aspek pencegahan sangat penting untuk mengelak kehamilan yang tidak dirancang atau jauhi seks bebas sebelum alam perkahwinan dengan menjaga maruah diri seeloknya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hamil-setiap-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents fault first society comes later
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.100079 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list