View: 3515|Reply: 55
|
Aishahanim Buat Konsert- Bukti Masih Relevan Dan Bukan Penyanyi 'Cikai'
[Copy link]
|
|
Kembar Aishahanim membuktikan bahawa penat lelah mereka membina jenama sendiri selama sedekad dalam Industri seni nyata tidak sia-sia.
Mempunyai kelompok peminat yang tersendiri, Aishahanim juga memiliki impian yang sama sebagaimana penyanyi lain dan satu daripadanya adalah dengan menghadiahkan peminat dengan sebuah konsert.
Mini konsert One Night Only With Aishahanim menjadi penanda aras pada kerjaya seni duo ini yang menyaksikan masing-masing pulang dengan perasaan lega setelah melangsaikan ‘hutang’ kepada peminat mereka.
Foto: IG
“Tentunya kami bersyukur dan teruja kerana akhirnya apa yang kami impikan tercapai jua. Setelah 10 tahun, kami dapat juga buat konsert ini.
“Sebenarnya, seleksi lagu pilihan kami pada malam konsert tempoh hari diilhamkan daripada lagu lagu-lagu yang pernah kami bawakan semasa bertanding.
“Di era 80 an dan 90-an, kami berdua memang sering menyertai pertandingan nyanyian dan seni sebelum bergelar artis rakaman. Pendek kata, betul, bakat kami ini dicungkil daripada pertandingan-pertandingan nyanyian,”kata Aisha.
Selain itu, tambah Aisha, penganjuran konsert tersebut juga menjadi bukti bahawa kehadiran mereka bukan sekadar mahu memeriahkan dunia seni, tetapi kerana bakat.
“Kami dalam industri seni ini sudah lama. Orang kenal lagu-lagu kami tetapi tidak orangnya. Menerusi konsert ini, hasrat kami cuma satu, mahu menghargai mereka yang telah menyokong kami selama ini.
“Selain itu, kami juga mahu membuktikan kepada semua yang kami layak untuk bergelar penghibur,”katanya.
Ditanya sama ada selepas ini kedua-duanya merancang untuk bergerak solo, perkara itu disangkal keras oleh Hanim.
Menurutnya, sejak kedua-duanya hadir dalam arena seni, gelaran artis duo kembar bukan satu masalah buat mereka.
“Aisha dulu pun pernah tampil solo. Tetapi rasanya rezeki kami lebih kepada duo kembar dalam industri seni ini. Jadi,rasanya tak akan bergerak solo. Bagi kamo, duo kembar sudah unik. Kami unik,”katanya kepada Utusan.
Terdahulu, mini konsert One Night Only yang diadakan di Mutiara Ballroom Damansara pada 13 Ogos lalu menyaksikan Aishahanim membuka pentas dengan membawakan lagu-lagu nyanyian semula Anggapanmu/ Robek Hatiku (Hanim), Akhirnya Kini Pasti/ Oh Teruna (Aisha) dan berduet lagu My Way.
Hanim sebelum ini pernah menyertai Bintang RTM 2001 dan Aisha pula pernah menjuarai pertandingan realiti, Girl Are Ready NTV7 (2001).
Segmen kedua pula menyaksikan duo kembar tersebut menyanyikan lagu-lagu mereka yang banyak dipilih menjadi runut bunyi bagi drama-drama popular antaranya Syurga Nur, Bukan Gadis Biasa, Nikah Cerai Rujuk, Tabir Zulaikha dan banyak lagi.
Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah Dua Muka, Angkara, Tinggalan Cinta, Benar Cinta dan Mata Kunci Cinta.
Bagi segmen ketiga, Aishahanim memilih untuk menyanyikan lagu-lagu permintaan peminat antaranya I’m Alive, Pantun Janda, Kau Pergi Tanpa Pesan, Ini Rindu, I Will Survive dan I Hate Myself For Loving You.
Malah mereka turut menyanyikan lagu berbahasa Cina, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin yang dipersembahkan sebagai kejutan kepada tetamu kaum Cina yang hadir.
Konsert tersebut dihadiri oleh tetamu terhormat, Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan juga Tan Sri Noh Omar.
One Night Only Aishahanim yang berlangsung selama dua jam itu juga menyaksikan kehadiran rakan-rakan artis, keluarga, rakan media dan peminat yang selama ini memberi sokongan kepada duo kembar tersebut.
Malah duo kembar itu turut menyantuni mereka yang kurang bernasib baik apabila menjemput persatuan OKU untuk sama-sama berhibur dalam konsert itu. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampunnnn mak yg baru keluar dari celah batu ke theyolls yg baru timbul dari bawah dasar lombong??? Pehal mak tak kenal dekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pn terasa mcm baru keluar dr batu belah batu bertangkup...sbb lgsg tak kenal dorg ni...ape lagu dorg yg popular ye |
|
|
|
|
|
|
|
Sedekad ???? Sapa diorg ni iols x kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal dorg ni pun sbb salah sorg kembar ni bini no2 noh omar. Kalo bukan sbb tu, haram aku tk tau dorg ni penyanyi. Jangan2 yg dtg konsert tu, dpt tiket pree je.....sbb dia kan kaya, hiji ex menteri kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun korang nyanyi dlm hutan ke yg meols tak pernah tahu pun?
|
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 15-8-2023 07:04 PM
Aku kenal dorg ni pun sbb salah sorg kembar ni bini no2 noh omar. Kalo bukan sbb tu, haram aku tk ta ...
Tahniah sis cos kenal jugak dorang berdua nie nampak muka dah berumur jugak walaupun mekap dgn flashy colors pakaian mereka
Bini bernombor tu yg mana satu? |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah confuse acik porem ketika membaca berita ini :
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sedekad bina jenama sndr?bak kata kakdud bilis kt pangkor lg org kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Blh dipanggil konsert ke tu? Mcm retis jemputan company annual dinner jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa tu korang….. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun.. xpernah dengar pun nama ni .yakin nya nk buat konsert |
|
|
|
|
|
|
|
Consert celah bedah mana? Lagu pon cover songs. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 15-8-2023 08:41 PM
Uish setahun sekali mesti muncul depa ni kat forumCari. Bertahun dah kot, famousnya tidak, ke I yang taktau ada scene underground muzik marhaban rahsia celah mana lagi kat Malaysia ni? Gigih betulla nak jadi penyanyi, g kawin la korang! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku duduk kat mana ni, knp aku tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Ya pak karim... Siapa mereka ni?
Acik ani yg femes nak buat konsert pun cancelled
Yakinya kamu...
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la ntah mana la aku selama ni sbb tak kenal diorg..senior sek yg jd geng2 mak datin ada la update tgk concert diorg ni ter tanya2 sapa la dua org ni apsal nampak sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 15-8-2023 11:04 AM
Aku kenal dorg ni pun sbb salah sorg kembar ni bini no2 noh omar. Kalo bukan sbb tu, haram aku tk ta ...
oh noh omar ke puas aku recall dia ni bini siapa aku cuma ingat yg sorang tu kawen menteri je tapi tak ingat siapa..
aku syak show ni ditaja laki sendiri sambil panggil kawan2 datang makan..so tuan rumah nyanyi hauk pun takpe janji makan free...????.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|