CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1552|Reply: 1

Ibu Tak Sangka Anak Pernah Luah Mahu Mati Syahid, Lemas Selamatkan 2 Sepupunya

[Copy link]
Post time 15-8-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Disangka gurauan, ibu tidak menyangka luahan anaknya mahu mati syahid kira-kira dua minggu lalu menjadi kenyataan selepas lemas ketika menyelamatkan dua sepupunya yang mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor di Tumpat, semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, Muhammad Aidil Zaquan Abdullah, 13, dijumpai oleh penduduk kampung dan datuknya, Ismail Mamat, 67, selepas menyedari remaja tersebut lemas di tali air tersebut.




Noridawati menunjukkan gambar arwah Muhammad Aidil Zaquan yang lemas di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor dekat Tumpat semalam. Foto oleh ROHANA ISMAIL/ KOSMO!




Ibu mangsa, Noridawati Ismail, 33, berkata, arwah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu meluahkan hasrat ingin mati syahid, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan mangsa hanya bergurau.


Menurutnya, ketika itu, dia berkongsi berita di Facebook mengenai kejadian lemas kepada mangsa.


“Saya memaklumkan bahawa mangsa yang lemas itu beruntung apabila dapat mati syahid kerana membantu orang lemas. Muhammad Aidil Zaquan kemudiannya menyampuk dengan mengatakan dia juga mahu syahid dengan cara sama.


“Saya pada awalnya beranggapan luahan itu hanya gurauan antara kami berdua. Selepas dua minggu, arwah pula yang meninggal dunia akibat lemas semasa menyelamatkan sepupunya. Hasratnya tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Sawa Pengkalan Kubor di sini hari ini.


Noridawati memberitahu, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya kira-kira pukul 6.30 petang ketika berada berada di tempat kerja dekat sebuah kedai aksesori telefon.


Menurutnya, dia tidak dapat pulang awal semalam kerana hujan lebat ekoran berlaku di kawasan tempat kerjanya di Kampung Chabang Empat di sini.


“Ketika itu, adik menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas pulang dengan menunggang motosikal meredah hujan lebat.


“Semasa tiba tiba di tali berdekatan rumah itu, saya lihat arwah sudah tidak bernyawa dan mayatnya sudah diangkat ke tebing,” ujarnya.


Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, di sini petang semalam.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.656148 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list