CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2790|Reply: 0

Masalah Enjin Jadi Punca, Pesawat Terpaksa Mendarat Atas Jalan Raya

[Copy link]
Post time 12-8-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Gloucestershire, England: Sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas di atas jalan raya di Cheltenham, Gloucestershire, pada Khamis petang.

Gambar dari lokasi menunjukkan sebuah pesawat ringan berwarna kuning tersangkut di atas pembahagi jalan berdekatan Lapangan Terbang Gloucestershire, antara Gloucester dan Cheltenham.


Pesawat itu terpaksa mendarat gara-gara masalah enjin.




Sejurus kejadian itu, trafik turut terganggu dan pasukan penyelamat dilihat bergegas untuk memeriksa pesawat berkenaan.


"Kami dipanggil kira-kira jam 6 petang Khamis dengan laporan sebuah pesawat ringan telah mendarat di A40 Golden Valley.


"Tiada sesiapa yang cedera dan difahamkan tiada kenderaan lain terlibat. Polis masih berada di tempat kejadian buat masa ini," ujar polis Gloucestershire dalam satu kenyataan.


Tambah polis, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas gara-gara mengalami masalah enjin. - Daily Star.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033314 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list