View: 8366|Reply: 42
|
[Edisi MRSM 10A] Patutlah Oghe SSKJP Macam Jah Pandai2 Belako, Rupanya!
[Copy link]
|
|
SEBAGAI makanan tradisional masyarakat pantai timur, budu turut diminati seluruh rakyat Malaysia.
Dibuat daripada ikan bilis dan beberapa lagi jenis ikan lain, budu mempunyai rasa unik dan biasanya dijadikan penaik selera ketika menikmati hidangan nasi.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Dayah menceritakan tentang kebaikan budu kepada kesihatan seseorang.
Menurut Cik Dayah, suaminya yang berasal dari Terengganu sangat meminati masak singgang ikan tongkol yang ditambah budu.
"Sebenarnya ada seni nak masak budu ni, .Kita kena hiris bawang merah, cili api, lepas tu tuang budu sikit dan perah jus limau nipis.
"Baru ngam rasanya. Gabungan rasa masin, masam dan pedas. Budu ni ialah gabungan beberapa jenis makanan laut yang biasanya terdiri dari ikan yang diperam dari jangka masa tertentu.
"Jangan pandang calang-calang budu ni, dia dah sampai le tahap antarabangsa. Mat salih pun ambil inspirasi untuk buat budu versi mereka sendiri yang dipanggil sos Worcestershire sos.
"Diperbuat dari bahan-bahan dan proses yang hampir sama dengan budu. Bezanya kita makan dengan ulam, mereka makan dengan sayur salad ataupun untuk buat perapan," ujar Cik Dayah.
Tambah Cik Dayah lagi, kalau ada yang mahu mencuba masakan ala Barat yang memerlukan sos Worcestershire, mungkin boleh gantikan dengan budu.
Seterusnya Cik Dayah menjelaskan bukan sahaja pemakanan budu ini lazat, tetapi ia juga kaya dengan manfaat kesihatan.
"Budu ni sebenarnya bagus untuk kesihatan sebab mengandungi kuman baik probiotik yang sangat bagus untuk usus dan berkhasiat untuk kecerdasan otak.
"Mungkin sebab tu kita tengok orang-orang Terengganu dan Kelantan ni bijak-bijak kot. Jadi makanlah budu, tapi jangan banyak sangat sebab kandungan sodiumnya pun agak tinggi.
"Apa-apa pun, kuncinya kena la bersederhana," kata Cik Dayah.
Sebagai maklumat tambahan berikut adalah beberapa lagi kebaikan budu:
1. Pencegah kanser
Dalam budu, terdapat pelbagai sumber protein dan asid amino yang bagus untuk kesihatan. Antara peptida yang membentuk protein dalam budu ialah pecahan peptida hidrofobik.
Sekumpulan penyelidik di Universiti Kebangsaan Seoul, Korea Selatan pada tahun 2003 menyedari akan manfaat peptida ini.
Mereka melakukan uji kaji ke atas kesan anti karsinogen atau aktiviti melawan kanser menggunakan ekstrak peptida dalam sos ikan bilis atau budu ini.
Kesannya, terdapat peningkatan proses apoptosis atau kemusnahan sel kanser sehingga ke peringkat DNA sel kanser tersebut menggunakan pendekatan ini. Sel kanser yang dikaji mereka ialah kanser limfoma.
2. Kaya dengan protein dan sumber nutrien
Proses penapaian budu sebenarnya menguraikan molekul protein yang besar pada ikan bilis untuk menjadi komponen asid amino yang lebih mudah diserap oleh badan kita.
Kandungan protein yang tinggi ini berguna untuk sistem tubuh selain digunakan bagi menghasilkan proses pembaikan kerosakan sel dan menggantikan sel lama.
Antara khasiat di dalam budu adalah protein, lemak, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan niacin.
3. Mencegah penuaan
Sekumpulan penyelidik di Vietnam pada tahun 2017 turut mengkaji khasiat kesihatan budu atau dikenali sebagai ‘nuoc nam’ di negara mereka.
Mereka mendapati bahawa sebatian bioaktif khususnya bioflavonoid dalam budu atau sos ikan berperanan memperlahankan proses penuaan dan mampu membaiki kerosakan sel dengan cepat.
Kesannya, proses penuaan boleh diperlahankan dan berpotensi menjadikan tubuh badan lebih kuat dan sihat dengan sumber antioksidan yang mencukupi daripada diet pengambilan budu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Worcestershire tu lansung tak sama rasa dengan budu lah walaupun kedua2nya dihasilkan melalui fermentation. Rasa Worcestershire tu lagik superior, memang kokesen sangat rasanya. Don't think budu boleh jadik substitute. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ja kat Youtube gimana LnP hasilkan Worcestershire - kualiti jauh beda hurkeh. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prizadane at 6-8-2023 08:45 PM
Ya ampun perasannya makan budu jadi pandai. Cuba sebut 1 pemimpin yang asal dari negeri budu jadi PM? Takde kan? Dr Amalina tu pun bukan ore pata timo.
Silap-silap nanti family terpaling baca artikel ni, terus keluarkan produk budu sendiri. Testimoni nya Jah dengan spm 10A
*eh baru perasan memang dah keluarkan produk budu rupanya mamatut. Sadis betul
|
|
|
|
|
|
|
|
tettttt salah. dr amalina tu lahir kat kelate yachhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 6-8-2023 12:39 PM
kesian budu menangis
Tapi aiols suka budu. He. Memang minat makanan fermented berbau cuma tokleh makan selalu sebab sodium tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
CARI-Author replied at 6-8-2023 08:48 PM
tettttt salah. dr amalina tu lahir kat kelate yachhhh
Jadi kalau lahir kelantan memang auto pandai walaupun tak makan budu ke camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Jah tu time skolah je pndai. Tp msuk bab kehidupan dia jd bodo ye. Tgk la skang. Terutamanya bab bisnes. Tak yah la jadikn dia ni contoh. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai lah sangat. pandai menipu pandai tonggang agama pandai scam duit orang jah yang ko pandai yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai lagi yang bukan dari patatimo yang jauh lagi pandai… cuma diorang tak jenis showoff macam sskjp. Diorang memang jenis terpaling. Macam Jah tu last2 apa pun takde, cakar istana satu pun tak dapat.
Macam pompuan2 birah pasir mas lerrr. Katanya terpaling cantik, last2 sultan sendiri pun tak selera tengok sskjp claim je lebih, padahal haram tak hebat mana pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah overclaim and terpaling jugak kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg dia pandai A++++ lagi esp pandai scam org pandai menuggang agama.....mmg bagus dibuat duta atau role model org mcm ni...benak2 semua pun pandai2 gak sbb ditipu oleh minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu masuk wad sebelah katil ni ade aka tu muda lg 35 mcm tu.....dh kena dialisis....puncanye tiap hari mkn budu..buah pinggang rosak darah tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|