CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 0

Jijoe, Beasley bengang keputusan komisar

[Copy link]
Post time 6-8-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Insiden yang menyebabkan Datuk Azizulhasni Awang (kiri) dibatalkan kemenangannya ke atas Thomas Cornish dari Australia pada pusingan kedua acara pecut individu Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang percaya dia seharusnya hanya diberikan amaran berbanding disingkirkan daripada pusingan kedua acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland, malam tadi.

Walaupun pelumba berusia 35 tahun itu yang pertama tiba di garisan penamat ketika menentang pelumba Australia, Tom Cornish tetapi kemenangannya dibatalkan kerana kesalahan.

Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe mengakui dia termasuk sedikit ke dalam laluan Cornish tetapi menegaskan ia adalah secara tidak sengaja dan tidak memberi apa-apa halangan dan membahayakan pihak lawan.

"Berbeza dengan masuk atau mengimpit dengan sengaja, saya yang tersedar ketika hilang kawalan terus cepat-cepat keluar tanpa memberi apa-apa halangan dan membahayakan pihak lawan.


"Ketika perkara ini dibawa kepada pihak komisar, mereka bersetuju dengan hujah daripada pihak kami (yang kami tidak sengaja dan tidak bersalah) tetapi mereka masih memilih untuk tidak mengubah keputusan relegation tersebut.

"Antara kekurangan sukan ini adalah, seluruh keputusan perlumbaan adalah termaktub bulat-bulat kepada pihak komisar. Pelumba dan pasukan tiada kuasa untuk mencabar keputusan mereka. Lagi naya apabila yang membuat keputusan ini adalah mereka yang mungkin tidak pernah pun berlumba basikal.

"Mengikut pengalaman lepas, kesilapan seperti itu biasanya diberikan amaran (warning) sahaja kerana ia bersifat tidak sengaja dan tidak pun ia membahayakan pihak lawan. Bagaimanapun, sebagai seorang atlet profesional, saya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pihak lawan di peringkat seterusnya.

"Jurulatih John Beasley sangat berang dengan situasi tersebut dan sikit lagi beliau nak jadi 'hijau' tadi. Namun saya beritahu beliau yang mungkin ada hikmah di sebalik semua ini dan Allah ada perancangan untuk saya dan pasukan," tulis Azizulhasni di Facebook miliknya.

Sementara itu, Beasley yang kecewa dengan situasi berkenaan berpandangan keputusan dikenakan terhadap Azizulhasni adalah terlalu keras.

Dia mendakwa Cornish turut melakukan kesalahan yang hampir sama sebelum itu tetapi tidak dikenakan penalti.

"Saya merasakan Azizulhasni dan Malaysia dikenakan penalti yang sangat keras kerana pelanggaran teknikal yang juga dilakukan oleh lawannya.

"Saya berhujah dengan fakta tetapi malangnya ia tidak didengari. Dalam sukan berbasikal, sebaik sahaja pegawai membuat keputusan, jarang sekali mereka akan mengubahnya, tidak kira sama ada mereka betul atau salah," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-keputusan-komisar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.101626 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list