View: 2249|Reply: 9
|
Sibuk Mencari Hantu Dengan Kawan-Kawan, Pemuda Disampuk Semangat Mawas Panjat Pokok
[Copy link]
|
|
Padah menjejaki aktiviti paranormal bersama rakan-rakan, seorang lelaki dikenali sebagai Iwan atau Dekwan kerasukan hingga merangkak di pintu gerbang konkrit.
Pemuda yang dirasuk itu turut membuat suara garau seperti seekor haiwan yang ganas.
TikTok/Twitter
"Hey, kalau kau betul-betul berani, kau turun ke bawah. Kau panggil semua yang ada," jerit salah seorang ahli kumpulan itu.
"Nak panjat kot mana pun tak boleh ni," ujar seorang lagi lelaki yang buntu sebelum rakannya mula membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Berdasarkan tulisan pada pintu gerbang itu, kejadian dipercayai berlaku di kawasan hutan berdekatan sebuah gunung.
Tidak lama kemudian, lelaki yang dirasuk itu memanjat pokok dengan laju sebelum beberapa rakannya menjerit kebimbangan.
"Allahuakhbar, Wan! Bukan dah ni. Bukan ni. Pokok kecil sangat ni. Iwan... geng, doa yang baik-baik je. Kirim doa dari jauh.
"Ya Allah ya Tuhanku permudahkan urusan kami ya Allah. Iwan, lawan Iwan. Allahuakhbar," ujar seorang lelaki yang sedang memerhatikan dari bawah.
Sambil menjerit-jerit di atas pokok, lelaki yang dirasuk itu akhirnya jatuh ke bawah, namun dia sempat disambut oleh beberapa rakannya.
Selepas berjaya diselamatkan, lelaki itu dilihat terbaring tidak sedarkan diri sambil dikelilingi rakan-rakannya yang cuba membantu.
Sedutan video siaran langsung (live) TikTok itu turut tersebar ke laman Twitter selepas ia dimuat naik seorang individu.
"Live TikTok malam tadi. Mereka kata terkena sampuk semangat mawas. Wallahualam," ciap @faIiqfahmie.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa seram menonton video itu, tak kurang juga yang berjenaka tentang kejadian itu.
"Dekwan ni senang 'masuk' (dirasuk). Hari tu pergi Indonesia pun dia kena juga. Dah selalu kena tapi tetap bawa Dekwan ni juga masuk buat paranormal. Tak faham betul.
"Eloklah kena sampuk. Dah pergi tempat gitu nak buat content, dapatlah. Kacau tempat dia, dia kacau kau balik apa susah.
"Tak pernah faham orang yang buat content masuk hutan semata-mata nak buat aktiviti paranormal. Kau nak cabar siapa sekarang? tulis beberapa netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
siapa lbh popular skrg
kak ponti abg polis ke dekwan mawas
|
|
|
|
|
|
|
|
para jd parahhh |
|
|
|
|
|
|
|
adoi...mcm mana nk buang benda yg rasuk tuh..
Demi kerana content
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi...mcm mana nk buang benda yg rasuk tuh..
Demi kerana content
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah apa2 aje. Terjerit2 kalau nampak hantu. Hantu pon gelak |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku dapat record ponti mengilai tapi bila dia check balik hp dia kosong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg abang polis record rasa seram tapi yg ni entah napa rasa mcm cringe sebab tengok yg dua tiga orang sebokkkkk duk rekod member yg kena rasuk tuhhh.. Mcm tak nampak nak tolong pong tangan pegang kamera pulekk yg lebih cepat daripada tangan dan kaki nak tolong kekdahnyer. Yihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
..ni la anak-anak teruna warganegara bumiputera, gigihla dok berparanormal cari hantu. Beliawan dan beliawanis rohingya tu begitu aktif membuka perniagaan sampai timbul irihati oleh warga asing dan tempatan sampai kena bom.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dgr org jerit2 je. hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|