CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 0

[Perak] Guru maut kereta dipandu suami terbabas

[Copy link]
Post time 29-7-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN kereta yang terbabas menyebabkan seorang wanita maut di di Kilometer 282.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Simpang Pulai. - UTUSAN



IPOH: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu suaminya terbabas di bahu jalan di Kilometer 282.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Simpang Pulai di sini hari ini.

Nahas sekitar pukul 12.30 tengah hari itu mengorbankan mangsa, Nor Zafirah Abdullah, 33, beralamat di Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, suami mangsa berusia 34 tahun dan anak lelaki pasangan itu berusia dua tahun cedera ringan.

Difahamkan, tiga beranak itu dalam perjalanan balik ke Johor dari Pulau Pinang di mana mangsa bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Skudai.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai diatur gerak ke lokasi kemalangan selepas menerima maklumat kejadian itu.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas di bahu jalan dan masuk ke dalam longkang.

“Seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang didapati tersepit dan anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkannya.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihah polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Operasi tamat pada pukul 1.34 petang. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ndu-suami-terbabas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.209123 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list