View: 2984|Reply: 13
|
Ibu Harap Michelle Yeoh Akan Adakan Resepsi Perkahwinan Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Ibu kepada Tan Sri Michelle Yeoh, 60, Datin Janet Yeoh, 84, berharap anaknya bakal mengadakan majlis resepsi di Malaysia selepas sah berkahwin dengan pasangannya Jean Todt, 77, dekat Geneva, Switzerland.
Walaupun tidak dimaklumkan mengenai majlis penyatuan itu, Janet anggap ia sebuah kejutan yang dinanti-nantikan ramai termasuk dirinya kerana tahu betapa Todt cintakan Michelle.
Foto: IG
"Anak saya memang akan sentiasa menelefon tapi dia tidak beritahu pun (berkaitan perkahwinan itu) ketika kami bercakap dalam telefon dua minggu yang lalu.
"Mungkin dia nak beri kejutan kepada saya," katanya seperti dipetik di Harian Metro.
Janet berkata dia juga menjadi individu yang sentiasa memujuk pasangan terbabit agar menamatkan zaman bujang dan melihat Michelle berkahwin.
"Todt melamarnya (Michelle) sudah banyak kali dan dia cuma akan ketawa serta mengatakan dirinya seronok setiap kali dilamar. Todt memang sangat cintakan dia," katanya.
Foto: IG
Terdahulu, majlis diraikan penuh intim itu dikongsi bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa yang menjadi antara insan paling seronok dengan penyatuan dua sahabatnya itu.
"Selamat berkahwin, Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu," tulis pelumba kelahiran Brazil itu.
Lebih bermakna, majlis perkahwinan mereka turut dihadiri anak Todt dari perkahwinan terdahulu yang dikenali sebagai Nicholas.
Michelle dan Todt bertemu buat kali pertama pada 4 Jun 2004 di Shanghai Grand Prix dan kemudian mengikat tali pertunangan pada 26 Julai 2004. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah... amboi mak dia pun nak resepsi dekat malaysia nak jemput bang non... vincent tan semua mencemar duli ler tuewww...
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti salam kaup juta juta...vincent tan, tan sri YTL, tan sri Genting etc
wpun pengantin dah kaya raya
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhh.. jumpa lepas sebulan terus bertunang. kre org lain baru ajak couple dia ajak tunang. patut la sampai 19tahun bertunang |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia pun nampak muda x mcm umur 84.. |
|
|
|
|
|
|
|
rilex jer Datin pakai baju kelawar pegang trophy Oscar..ko mampo?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apo Michelle nak menikah tak kasitau omak ekau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 29-7-2023 01:36 PM
rilex jer Datin pakai baju kelawar pegang trophy Oscar..ko mampo??
Baju kelawar dia cantik, bukan biashe-biashe. |
|
|
|
|
|
|
|
19 tahun delay, agaknya Michele tunggu kekayaan dia setaraf dengan bakal suami kot. Tapi Michelle memang hebatlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Koser la... Watpe la nak sibuk2x dgn die... |
|
|
|
|
|
|
|
Michelle yang kaya raya ni pun tak angkut mak dia dok sana ek |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia tatau dia kawin..apo punya anak |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia lg awet muda dr anak dia.MY npk tua sgt! |
|
|
|
|
|
|
| |
|