View: 941|Reply: 10
|
Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Cari Rezeki Sebagai Badut
[Copy link]
|
|
Jakarta: Sepasang suami isteri yang menyara hidup sebagai penghibur jalanan dengan berpakaian badut ditahan di Bontang, wilayah Kalimantan Timur kerana didakwa menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai, lapor program berita Liputan6 hari ini.
Pasangan tersebut dikatakan menjana pendapatan lumayan mencecah 500,000 rupiah (RM151) dalam masa sejam.
Pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka menginap di hotel selepas mendapat hasil lumayan ketika menghibur di jalanan. – Instagram
Satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Sabtu lalu memberitahu bahawa wang hasil pekerjaan itu digunakan pasangan suami isteri berkenaan untuk membawa anak-anak mereka menginap di hotel.
Unit Polis Perkhidmatan Awam Pamong Praja Bontang menahan kedua-dua mereka ketika sedang menghibur di jalanan dengan memakai kostum watak kartun.
Namun, ramai netizen berpendapat suami isteri itu tidak sepatutnya ditangkap kerana mereka bekerja dan bukan meminta sedekah.
“Di Bogor juga ada ramai badut tetapi mereka tidak mengganggu orang ramai. Biarlah mereka mencari sesuap nasi, yang penting tidak mencuri,” kata seorang netizen.
“Mereka bekerja, jadi biarlah mereka menikmati hasilnya. Apa yang menjadi masalahnya? Mereka tidak mengganggu orang, malah ramai yang terhibur dengan aksi mereka,” kata netizen lain.
Sebelum ini, Liputan6 melaporkan bahawa Unit Polis Perkhidmatan Awam Banyuwangi menahan beberapa penghibur jalanan yang sering berkumpul di kawasan lampu isyarat.
Ada antara mereka memakai kostum badut selain ada yang melumur badan dengan cat berwarna kelabu atau digelar manusia ‘silver’.
Ketua unit tersebut, Wawan Yadmadi berkata, penangkapan itu dibuat sebagai tindak balas kepada aduan keresahan orang ramai yang berasa terganggu dengan kehadiran mereka. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Priskis tak de apa² komen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Terbayang @Friska babu pakai kostum suster ngesot |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu la tangkap..pak polisi pun laa....mereka cari rezeki cara halal bukan mencopet pun... |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 18-7-2023 08:40 PM
Terbayang @Friska babu pakai kostum suster ngesot
Pakai kostum sundel bolong dan pergi gerai makan 200 cucuk sate.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 18-7-2023 11:37 PM
Pakai kostum sundel bolong dan pergi gerai makan 200 cucuk sate..
Hahaha yang ni lagi haru...serupa hantu raya..ehh hantu lebaran bak kata ndon |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo x ganggu x PE lah. Ni ada style badut dia bg bdk2 belon lps tu mintk duit kat mak pak. Hina punya style |
|
|
|
|
|
|
|
jika hal ini terjadi di Malaysia .. patutlah pasangan suami istri itu ditangkap dan masuk jail kerana profesi badut tersebut (dalam persepsi rakyat pemimpin melayu Malaysia) akan memburokan maruah an nama baik bangsa melayu... tetapi akan berbeza maknanya jika case ini berlaku di Indonesia ....Jadi X mengkhairankan jika banyak protes dan cacian dari ramai rakyat indonesia terhadap polis yang melakukan hall itu ... Mereka beranggapan polis melanggar Hak Individu atau Hak Asasi Manusia ,... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt malaysia pun kena ambil lesen dgn pbt
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat badut ingat John Wayne Gacy.. huhuhu.. tu yg caprut takut tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin fenomena ini dah jadi semakin tidak terkawal di sana?
btw siapa tahu adakah street performer di Malaysia ni perlukan permit?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|