CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 4

Suami Isteri Mencuri Sambil Bawa Anak Kecil

[Copy link]
Post time 18-7-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sepasang suami isteri mencuri telefon bimbit di hadapan sebuah kedai sambil membawa anak kecil mereka, lapor program berita Liputan6 semalam.


Kejadian berlaku kelmarin di Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat.


Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian memaparkan  sepasang suami isteri yang menaiki motosikal  tiba bersama anak kecil mereka sebelum si isteri masuk ke dalam kedai dan berpura-pura membeli sayur.


Si isteri berpura-pura membeli sayur dari kedai berkenaan sebelum mencuri telefon bimbit. – Istimewa




Keadaan kedai yang ramai pembeli memberi kelebihan untuk si isteri melakukan kegiatan haram  tersebut.


Dia kemudian dilihat keluar dari kedai lalu mengambil telefon bimbit milik seorang individu yang diletak di dalam raga motosikal.


“Motosikal mangsa diparkir betul-betul di hadapan kedai. Mungkin dia terlupa dan meninggalkan telefon bimbitnya di dalam raga.


“Si pelaku yang berpura-pura membeli sayur kemudian mengambil kesempatan keadaan kedai yang ramai pelanggan untuk mencuri telefon bimbit,” kata pekerja kedai, Khairul Imam.


Sejurus selesai mencuri telefon, wanita berkenaan dengan pantas kembali ke arah motosikal di mana suami dan anaknya sedang menanti.


“Suami isteri itu membawa anak mereka membonceng motosikal tersebut (ketika mencuri),” kata Khairul.


Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Bekasi Kota, Komisioner Polis Erna Ruswing Andari berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan masih menyiasat kes tersebut.  – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Trit closed
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana friska kemain ligat kalau psal pompun malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Priskis tk nk komen ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon mendonia kata @Friska babu jusa c minus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043175 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list