CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Melaka] Indeks jenayah di Melaka menurun 7.5 peratus

[Copy link]
Post time 17-7-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah (tengah) bersama Timbalan Ketua Polis (TKP) Melaka baharu SAC Md Nazri Zawawi (dua, kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan TKP Melaka Baharu hari ini. FOTO BERNAMA

Melaka: Jenayah indeks di Melaka mencatatkan penurunan sebanyak 7.5 peratus kepada 749 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini berbanding 810 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, daripada jumlah itu, jenayah kekerasan merekodkan sebanyak 164 kes, kekal seperti tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, jenayah harta benda pula mencatatkan penurunan sebanyak 61 kes kepada 585 kes dalam tempoh sama tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama pada 2022.

"Walaupun terdapat penurunan kes jenayah indeks di Melaka secara keseluruhan, berlaku peningkatan melibatkan jenayah bunuh iaitu enam kes kepada 10 kes pada tahun ini.

"Jenayah rogol juga meningkat kepada 35 kes pada tahun ini berbanding 30 kes pada tahun lepas selain peningkatan kes melibatkan samun berkawan tanpa senjata api kepada 45 kes tahun ini berbanding 24 kes pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka baharu daripada pemangku Timbalan Ketua Polis (TKP) Melaka Asisten Komisioner Mohamed Mahat kepada Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi.

Zainol berkata, polis Melaka akan memberi tumpuan khusus bagi menangani peningkatan kes jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan samun berkawan tanpa senjata api bagi menjamin keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Beliau berkata, rondaan menerusi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan dipertingkat terutama di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah berkenaan sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan rasa takut dalam kalangan orang awam untuk melakukan jenayah.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Md Nazri, 54, yang sebelum ini menggalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu, Bukit Aman mengisi kekosongan jawatan TKP Melaka selepas Datuk Razali Abu Samah bersara wajib pada 16 Jun lalu.

Md Nazri yang telah berkhidmat selama 28 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia berkata, beliau akan terus membantu Ketua Polis dan kontinjen Melaka untuk memastikan jenayah indeks di negeri itu terus menurun selain mendukung dasar yang ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -menurun-75-peratus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049698 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list