CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 1

Pengarah Filem Titanic Nafi Hasilkan Filem Kejadian Oceangate

[Copy link]
Post time 16-7-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Washintong: Pengarah filem Titanic yang memenangi Anugerah Oscar, James Cameron, menafikan spekulasi media beliau sedang mempertimbang untuk menghasilkan filem mengenai malapetaka kapal selam OceanGate yang menyebabkan lima orang terbunuh pada Jun.


"Biasanya saya tidak mengendahkan desas-desus yang menghina dalam media, tetapi saya perlu berbuat demikian sekarang. Saya tidak berbincang mengenai filem OceanGate, dan tidak akan pernah berbuat demikian," kata Cameron pada Sabtu, seperti yang dilaporkan oleh United Press International (UPI).






OceanGate mengumumkan pada awal bulan ini pihaknya menangguhkan semua operasi penerokaan dan komersial selepas kemalangang 'implosion' hebat yang menyebabkan satu kapal selamnya hancur, ketika dalam ekspedisi menyaksikan bangkai Titanic yang karam pada 1912 dan mengorbankan lebih 1,500 nyawa.


Cameron, yang menulis dan mengarahkan filem klasik 1997, Titanic, membantu mereka bentuk mesin untuk meneroka ke dasar laut dengan selamat dan merakamkan gambar bangkai kapal itu serta melakukan 33 kali selaman.


Pengerusi Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, antara lima mangsa dalam kapal selam malang bernama Titan bulan lalu.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kemalangang sumpahang ikang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042019 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list