CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

Remaja Lemas Ditemui 100 Km Dari Lokasi Jatuh

[Copy link]
Post time 15-7-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Tuaran: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kelapan bagi mengesan remaja lelaki yang dilaporkan lemas di Sungai Tuaran, Kampung Telibong Tamparuli pada 8 Julai lalu, dihentikan selepas satu mayat ditemukan orang awam di daerah Kudat hari ini.


Mayat Mohd Hisham Iskandar Azli, 13, ditemukan orang awam di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat kira-kira jam 9.10 pagi tadi 100 kilometer dari tempat dia jatuh.


MAYAT mangsa ditemukan orang awam di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat. FOTO Ihsan pembaca.




Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang tadi.


"Operasi ditamatkan serta-merta selepas pasukan bomba menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di tepi pantai Kampung Rukom, Kudat.


"Ia selepas ahli keluarga mangsa yang selesai menjalankan pengecaman identiti mangsa pada jam 4.15 petang," katanya.


Pada 8 Julai lalu kira-kira jam 2.30 petang, mangsa dilaporkan terjatuh dari Jambatan Gantung Kampung Damat - Kampung Lakang di Kampung Telibong, Tamparuli.


Hasil tinjauan sejak jam 8 pagi hari ini juga, mendapati lebih 100 orang awam turut serta membantu pasukan penyelamat di Sungai Tuaran dan muara Sungai Bolong.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042886 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list