CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Jantung Sarawak antara yang terbaik di Asia Pasifik

[Copy link]
Post time 11-7-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode


Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

KUCHING: Majalah Newsweek telah menyenaraikan Pusat Jantung Sarawak yang terletak di Kota Samarahan sebagai antara hospital pakar kardiologi terbaik di wilayah Asia Pasifik tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dalam hantarannya di Facebook semalam berkata, Pusat Jantung Sarawak berada di kedudukan ke-48 dalam senarai 100 hospital pakar kardiologi terbaik di Asia Pasifik dan merupakan satu-satunya hospital awam dari Malaysia tersenarai dalam senarai itu.

"Ini adalah satu pengiktirafan, perakuan dan testimoni yang baik kepada lelaki dan wanita muda kita yang mula berkhidmat sejak 22 tahun lalu" katanya.

Dr Sim menambah, beliau berbesar hati dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang hebat itu.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu antara individu yang memainkan peranan penting dalam menubuhkan Jabatan Kardiologi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 1 Januari 2001.

Jabatan Kardiologi HUS kemudiannya dikenali Pusat Jantung HUS pada 1 Januari 2022 apabila perkhidmatan itu dipindahkan dari HUS di Kuching ke Kota Samarahan.

"Lima hari sebelum perkhidmatan ini dipindahkan dan memulakan operasinya di hospital baharu, saya masih belum dapat mencapai 'kata putus' dengan pengurusan teratas KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk menamakan hospital baharu ini.

"Bayangkan (jika) ia dikenali sebagai Pusat Perubatan Samarahan (usaha antarabangsa kita selama 10 tahun akan menjadi kekangan utama)...sudah pasti bukan #whiteelephant," itu antara hantarannya di Facebook.

Pusat itu kemudian secara rasminya dinamakan sebagai Pusat Jantung Sarawak pada 1 Januari 2016.

"Sangat membanggakan, kerana lelaki dan wanita muda yang baik, datang setelah saya membawa perkhidmatan ini ke tahap lebih tinggi, mendapat pengiktirafan, perakuan dan penghormatan sewajarnya oleh (majalah) Newsweek," ujarnya.

Beliau juga mengakui pengiktirafan itu merupakan pencapaian yang amat memuaskan buat dirinya.

Sehubungan itu Dr Sim mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja dan pasukan di HUS kerana percaya pada visi yang sama serta meneruskan misi sama dengan bersemangat ketika ini seperti mereka lakukan 22 tahun lalu dalam usaha membina Sarawak.

Senarai 100 hospital yang berada di kedudukan terbaik di Asia Pasifik boleh dilihat di laman sesawang
https://www.newsweek.com/rankings/best-specialised-hospitals-apac-2023


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.090847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list