View: 160|Reply: 0
|
Firmino kini pemain Al-Ahli
[Copy link]
|
|
FIRMINO menunjukkan jersi barunya bersama kelab Al-Ahli. FOTO TWITTER AL-AHLI
Paris: Penyerang Brazil, Roberto Firmino menyertai Al-Ahli secara perpindahan percuma selepas meninggalkan Liverpool, umum kelab Arab Saudi itu, hari ini.
"Saya sering kali beraksi dengan pasukan besar, kini saya berada di Al-Ahli," kata Firmino dalam satu video menerusi akaun Twitter rasmi Al-Ahli.
Penyerang berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak tiga tahun dan akan bergandingan dengan penjaga gol, Edouard Mendy, yang turut meninggalkan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tiga musim bersama Chelsea.
Al-Ahli kembali ke Liga Pro Saudi selepas mengharungi kempen musim 2022-23 di divisyen dua, tetapi pasukan itu masih tidak mempunyai jurulatih susulan pemergian warga Afrika Selatan, Pitso Mosimane.
Firmino menyertai Liverpool pada 2015 dan membantu pasukan itu muncul juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala FA dan EPL.
Pemain antarabangsa Brazil itu yang meninggalkan Anfield pada hujung Mei lalu, menjaringkan gol ke-111 buat kelab ketika perlawanan terakhir musim mereka.
Firmino menyertai senarai panjang pemain berprofil tinggi yang berpindah ke Liga Pro Saudi dalam beberapa minggu kebelakangan, dengan pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema, N'Golo Kante dan Ruben Neves mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo, yang berpindah ke Al-Nassr pada Januari lalu.
Bulan lalu, Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi mengumumkan projek pelaburan dan penswastaan kelab sukan membabitkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.
PIF memiliki 75 peratus pegangan saham setiap empat kelab itu manakala yayasan kelab masing-masing 25 peratus.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kini-pemain-al-ahli |
|
|
|
|
|
|
| |
|