View: 145|Reply: 0
|
Man United buat keputusan mengenai Greenwood bulan ini
[Copy link]
|
|
GREENWOOD dijangka mengetahui masa depannya bersama Man United pada bulan ini. FOTO FAIL AFP
London: Manchester United akan membuat keputusan sama ada mengekalkan penyerang England, Mason Greenwood atau sebaliknya.
Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan membuat keputusan itu pada bulan ini sama ada pemain berusia 21 tahun itu berada dalam skuad kendalian Erik ten Hag atau membenarkannya berpindah ke kelab lain.
Greenwood diketepikan kelab Old Trafford itu selepas didakwa berkaitan serangan seksual dan keganasan terhadap wanita berikutan foto mengenai tersebar di media sosial pada Januari tahun lalu.
Dia kemudian didakwa kerana cubaan merogol, serangan dan tingkah laku luar kawalan, tetapi kesnya kemudian digugurkan pada Februari lalu.
Pemain bintang yang pernah dibayar £75,000 (RM443,844) seminggu itu digantung daripada mendapat bayaran penuh, tetapi menjalani sesi latihan persendirian dan dijangka akan mengetahui mengenai masa depannya itu kelab itu dalam masa terdekat.
Sabtu lalu, The Sun melaporkan bekas pengurus United, Jose Mourinho menghubungi Greenwood untuk membawanya secara pinjaman ke kelab Serie A, AS Roma.
Sumber berkata: "Jose menghubungi bapa Mason dan bercakap mengenai Mason. Dia menyatakan cara terbaik mengatasi situasi terkininya adalah mula bermain bola sepak dan cara itu akan mula mengetepikan semua masalah yang berlaku.
"Mason gembira apabila Jose menghubunginya dan panggilan itu menaikkan semangatnya."
United dikatakan berhubung dengan beberapa kelab Itali lain seperti Juventus, AC Milan dan Inter Milan mengenai potensi perpindahan pemain itu.
Greenwood dijangka menjadi bapa hujung bulan ini apabila pasangannya mengadakan 'baby shower' bersama beberapa rakan, hujung minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... greenwood-bulan-ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|