View: 143|Reply: 0
|
Pochettino bikin peminat Spurs berang
[Copy link]
|
|
POCHETTINO menjawab soalan pada sesi wawancara pertama sebagai pengurus Chelsea. FOTO TWITTER CHELSEA FC
London: Mauricio Pochettino mencetus kemarahan peminat bekas kelabnya, Tottenham Hotspur selepas memuji Chelsea dalam wawancara pertamanya sebagai pengurus.
Penyokong Spurs menuduh Pochettino sebagai 'tidak menghormati' selepas menilai musuh utama, Chelsea sebagai 'pasukan terhebat' England dalam tempoh 15 tahun terakhir.
Sebelum ini, jurulatih dari Argentina berusia 51 tahun itu mengemudi Tottenham ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019.
Namun, pengerusi Spurs, Daniel Levy mengejutkan peminat apabila memecat Pochettino hanya beberapa bulan kemudian - dengan menyatakan beliau tidak menang apa-apa trofi sepanjang lima tahun di kelab itu.
Beliau meninggalkan kelab sebagai pengurus kegemaran penyokong dan sejak itu ramai yang memintanya kembali ke Tottenham.
Bagaimanapun, akhirnya, bekas pengurus PSG itu memilih Stamford Bridge dan Spurs pula membawa masuk Ange Postecoglou dari Celtic.
Sesetengah penyokong Tottenham bengang dengan penilaiannya mengenai Chelsea termasuk sepanjang tempoh ketika dia masih berkhidmat di Spurs.
Pochettino memberitahu pasukan media Blues: "Dalam tempoh 10, 12, 15 tahun terakhir, Chelsea adalah pasukan paling hebat di England."
Bekas pengendali Southampton itu menambah: "Terlalu mudah untuk berkata ya kepada Chelsea. Kami akan bekerja keras, bermain dengan cara yang mana peminat akan seronok menikmati bola sepak.
"Sejarah Chelsea adalah untuk menang dan berada di puncak."
Bagaimanapun, The Blues berakhir hambar di tangga ke-12 daripada 20 pasukan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Ia selepas mereka memenangi UCL sebanyak dua kali, EPL empat kali dan Piala FA lima kali sejak 2006.
Pendapat Pochettino mengenai Chelsea menyebabkan peminat Tottenham menyerangnya semula.
Seorang peminat berkata: "Anda kata mereka satu daripada pasukan terbaik di dunia. Anda tidak gunakan perkataan 'terhebat' secara khusus merujuk kepada tempoh masa yang mana anda mengendalikan pasukan musuh mereka.
"Permusuhan begitu sengit antara kami pada zamannya. Ia bermakna beliau tidak menghormati kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eminat-spurs-berang |
|
|
|
|
|
|
| |
|