View: 1191|Reply: 11
|
‘Tiktoker’ Terkenal Didakwa Perdaya Orang Tua, Minta RM1,800 Untuk ‘Review’ Makanan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal.
Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘TikTok famous’ dan mahu membuat kandungan di TikTok mengenai makanan di restoran milik bapa wanita tersebut.
“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan.
“Ayah saya cakap boleh, silakan buat ‘review’. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada pempengaruh yang akan datang untuk buat ‘review’ makanan,” katanya.
Bagaimanapun, pempengaruh tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk ‘review’ makanan tersebut.
“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.
“Dia (pempengaruh) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.
Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang pempengaruh tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri.
“Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followers’ pempengaruh tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’.
“Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat ‘review’ kedai makan ayah saya sendiri,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi je nama.. Hint ke.. Tak pun bagitau nama restoran ayah awak. Dah viral ni mesti orang nak datang. Daripada suruh toktok-er tu!
Minta bayaran...lepas tu makanan semestinya nak free. Baik tak payah! |
|
|
|
|
|
|
|
Tah² saja nk viralkn restoran pak dia |
|
|
|
|
|
|
|
so ayah hang byr ke x?? tu je soalan i.
|
|
|
|
|
|
|
|
spill the name or hasanah  |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang charge sampai 15K tau..untuk food review. Jangan terkejut. 
|
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 4-7-2023 01:17 PM
Ada yang charge sampai 15K tau..untuk food review. Jangan terkejut.
Yeke? Sape pempengaruh yg cas mahei² tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah..tak pasti. Tapi I ada masuk group seller tiktok. Diorang la spill the tea. Ada yang follower baru beberapa ribu pun dah charge RM 1000. Baru je bincang beberapa hari lepas pasal ni. Sebab tu ramai suka buat benda pelik2 semata2 nak jadi famous, peppengaruh. Banyak kot payment diorang dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 5-7-2023 09:50 AM
Ntah..tak pasti. Tapi I ada masuk group seller tiktok. Diorang la spill the tea. Ada yang follower ...
Haha...followers brp ribu pun dah feeling influencer eh. My daughter yg darjah 3 pun ada tiktok acc, follower pun dah nak 2 ribu gak. Youtube acc dia pun follower dah 1.5k. View pun dah puluh2 ribu view. Tak paham aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau youtube video dah lebih 1K follower, dah boleh monetize tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|