View: 137|Reply: 0
|
Mourinho beri talian hayat buat Greenwood
[Copy link]
|
|
Mason Greenwood (kiri) beraksi di bawah Jose Mourinho (kanan) ketika pengendali dari Portugal itu membimbing Manchester United. - Foto AGENSI
LONDON: Mason Greenwood ditawarkan untuk kembali bermain bola sepak oleh bekas pengendalinya, Jose Mourinho di Roma.
Mourinho menghubungi bintang Manchester United yang bermasalah itu untuk menyertainya di kelab Serie A berkenaan secara pinjaman.
Greenwood masih dalam penggantungan dengan United belum membuat keputusan terhadap siasatan ke atasnya selepas ditangkap pada Januari 2022.
Greenwood, 21, didakwa atas tuduhan cubaan merogol, serangan dan perlakuan ganas. Bagaimanapun dakwaan ke atasnya digugurkan pada Februari lalu tetapi kelab memutuskan untuk meneruskan siasatan.
Greenwood baru-baru ini dirakam berlatih bersendirian sebagai persiapannya untuk kembali beraksi di atas padang.
Namun penyerang England itu percaya sukar untuk memulakan kembali kariernya di United, walaupun mendapat sokongan pengendali baharu, Erik ten Hag serta rakan sepasukan.
Mourinho, bekas pengendalinya di United, menawarkan peluang kedua buat Greenwood sekiranya kelab Inggeris itu mahu melepaskannya secara pinjaman atau membatalkan kontraknya.
Sumber rapat dengan pemain itu berkata: "Jose menghubungi bapa Mason dan turut bercakap dengan Mason.
"Dia memberitahunya, cara terbaik untuk keluar daripada masalah ini ialah dengan mula bermain bola sepak - lambat laun semua masalah itu akan berlalu.
"Mason lega dihubungi Jose dan ia membangkitkan semangatnya. Dia mahu kembali bermain dan sedang menanti keputusan United."
Kelab Itali lain seperti Juventus, Inter Milan dan AC Milan turut dikaitkan dengan Greenwood.
Namun Roma mempunyai kelebihan berdasarkan hubungan rapat antara Mourinho dan Greenwood.
Pada tahun 2018, Mourinho menyenaraikan Greenwood yang baru berusia 16 tahun ketika itu untuk menyertai Red Devils dalam jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ayat-buat-greenwood |
|
|
|
|
|
|
| |
|