View: 130|Reply: 0
|
Modric, Lovren berdepan hukuman penjara lima tahun
[Copy link]
|
|
Modric, Lovren berdepan hukuman penjara lima tahun
MODRIC (kanan) dan Lovren masih lagi didakwa atas kes keterangan palsu. FOTO Agensi
Zagreb: Pendakwa raya Croatia sekali lagi mendakwa kapten pasukan kebangsaan, Luka Modric dan bekas pemain antarabangsa, Dejan Lovren kerana memberi keterangan palsu dalam perbicaraan rasuah terbesar berkaitan bola sepak.
Kedua-dua pemain itu hadir sebagai saksi pada 2017 semasa perbicaraan rasuah berjuta-juta euro membabitkan bekas bos Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic dengan memberikan butiran perpindahan mereka.
Pada masa itu, Modric memberi keterangan mengenai butiran perpindahannya pada 2008 dari Dinamo ke kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur.
Dia kemudiannya menyertai Real Madrid pada 2012.
Lovren memberikan butiran mengenai perpindahannya pada 2010 dari Dinamo ke kelab Perancis Lyon.
Kedua-dua pemain didakwa dengan memberi keterangan palsu pada 2018, tetapi pertuduhan itu kemudiannya digugurkan, kerana kekurangan bukti pada tahun yang sama untuk Modric dan pada awal 2019 buat Lovren.
Pendakwa raya di bandar timur Osijek mendakwa kedua-dua pemain (hanya menyebut tahun kelahiran pemain) 'memberi keterangan palsu.'
Media tempatan mengenal pasti mereka sebagai Modric dan Lovren.
Menurut kenyataan pendakwa raya, Modric didakwa memberikan keterangan palsu 'pada 13 Jun 2017 di hadapan mahkamah daerah Osijek' semasa perbicaraan Mamic.
Lovren telah didakwa atas kesalahan yang sama pada 1 September 2017.
Memberi keterangan palsu di Croatia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -penjara-lima-tahun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|