CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Penternak Dan Peniaga Lembu Di Kelantan Jadi ‘Orang Kaya’ Setiap Kali Aidiladha

[Copy link]
Post time 29-6-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Penternak dan peniaga lembu di Kelantan tidak menang tangan dalam memenuhi permintaan mendapatkan haiwan itu bagi disembelih untuk tujuan ibadah korban.


Kemeriahan sambutan Aidiladha memberi rezeki terpijak selain meletakkan para penternak dan peniaga lembu bergelar ‘orang kaya’ setiap kali Aidiladha apabila hari kebesaran umat Islam itu disambut dengan meriah di negeri ini.


Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penternak dan peniaga lembu mula mengukir senyuman apabila haiwan tersebut sudah diserahkan kepada para pembeli yang hanya menunggu masa untuk disembelih.




ABDUL Hakki Che Ahmad memeriksa lembu baka American Brahman di Bukit Tuku, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN





Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penternak, Abdul Hakki Che Ahmad, 39, berkata, kadar tukaran ringgit yang lebih berbanding Baht memberi kesan apabila harga lembu naik antara RM300 hingga RM400 seekor.


Menurutnya, hal ini kerana kebanyakan lembu yang dijadual itu diimport dari Thailand bagi memenuhi permintaan tinggi sepanjang Aidiladha.


“Untuk sambutan kali ini, orang ramai lebih banyak memilih lembu bersaiz sederhana disebabkan oleh peningkatan harga.


“Setakat ini, saya sudah menjual lebih 100 ekor lembu bersaiz sederhana untuk tujuan ibadah korban,” katanya ketika ditemui di Bukit Tuku, Rantau Panjang, dekat sini.


Abdul Hakiki memberitahu, setiap ekor lembu korban yang berat antara 280 hingga 300 kilogram (kg) dijual sekitar RM4,000 hingga RM4,500.


Katanya, bagaimanapun jualan lembu bersaiz ‘gergasi’ jenis baka American Brahman kurang menjadi pilihan pada sambutan Aidiladha kali ini.


Katanya, baka itu kebanyakan dibeli untuk tujuan jualan daging pada hari-hari biasa.


Bagi Haslinda Minaton Mohamad Gan, 36, pula sehingga kini dia sudah berjaya menjual 500 ekor lembu untuk tujuan korban bernilai RM3,800 hingga RM4,500 seekor bergantung kepada saiz.


Katanya, tempahan lembu-lembu untuk ibadah korban mula diterima sejak Ramadan lalu.


“Alhamdulillah kesemua lembu-lembu yang ditempah sudah diserahkan kepada pelanggan.


“Selain itu saya turut menjual kambing dan biri-biri untuk ibadah korban dan akikah,” ujarnya.


Sementara itu, seorang penternak di Gua Musang, Mohd. Saiful Basri, 47, berkata, permintaan tinggi sepanjang Aidiladha memberikan rezeki terpijak buatnya.


Katanya, disebabkan permintaan tinggi itu dia hanya mampu menjual tujuh ekor lembu yang cukup umur bagi tujuan korban.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.604943 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list