View: 148|Reply: 0
|
Arsenal tidak mahu terlepas khidmat Rice
[Copy link]
|
|
Arsenal tidak mahu terlepas khidmat Rice
RICE menjadi pemain paling popular pada pasaran perpindahan kali ini ketika khidmatnya sangat ditagih oleh Arsenal. - AFP
LONDON – Arsenal benar-benar bersungguh mahu mendapatkan khidmat kapten West Ham United, Declan Rice apabila bersedia mengemukakan tawaran ketiga yang lebih tinggi dan memecahkan rekod perpindahan terbesar melibatkan dua kelab Liga Perdana Inggeris.
Menurut laporan pada kelmarin, dalam tempoh 48 jam Arsenal bersedia untuk menawarkan nilai perpindahan sebanyak £105 juta (RM624.23 juta) bagi mendapatkan Rice menerusi komponen £100 juta (RM594.51 juta) wang tunai, manakala bakinya bergantung kepada beberapa terma yang akan dipersetujui.
Sebelum ini rekod perpindahan terbesar British dipegang oleh Jack Grealish ketika Manchester City mendapatkan khidmatnya dengan nilai £100 juta dari Aston Villa pada musim panas 2021.
Arsenal kembali memburu Rice selepas City yang turut berminat mendapatkan pemain itu pada harga £80 juta (RM475.61 juta) melibatkan wang tunai dan £10 juta (RM59.45 juta) tambahan telah ditolak oleh West Ham kelmarin.
Secara dasarnya, tawaran baharu yang akan dikemukakan oleh Arsenal dilihat sudah mencapai nilai yang diinginkan oleh West Ham, namun struktur pembayaran akan menjadi kunci utama sama ada proses perpindahan tersebut berjaya atau sebaliknya.
Difahamkan West Ham bertegas dengan pendirian untuk memastikan tempoh pembayaran tersebut selesai pada 2025, namun Arsenal sebelum ini hadir dengan tawaran pembayaran secara ansurans selama lima tahun.
The Gunners sebelum ini sudah mengemukakan dua tawaran, namun ditolak dan tawaran terakhir menyaksikan mereka bersedia membayar tunai sebanyak £75 juta (RM445.88 juta) dengan tambahan £15 juta (RM89.18 juta) ditolak mentah-mentah oleh West Ham. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... s-puja-declan-rice/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|