View: 148|Reply: 0
|
Arsenal sedia pecahkan rekod perpindahan demi Rice
[Copy link]
|
|
RICE bakal memecahkan rekod Grealish jika West Ham bersetuju tawaran Arsenal. FOTO Agensi
London: Tiada siapa yang boleh menuduh Arsenal tidak serius dalam mengejar pemain West Ham, Declan Rice selepas The Gunners membuat tawaran yang mampu memecahkan rekod termahal England.
Kelab London utara sentiasa menjadi pilihan untuk menandatangani pemain tengah England itu, tetapi sehingga awal pagi tadi tidak ada tawaran yang dapat memuaskan hati Pengerusi West Ham, David Sullivan untuk membenarkan perbincangan diteruskan.
Wartawan, David Ornstein menyatakan dalam The Athletic bahawa tawaran baharu yang dilakukan Arsenal adalah £100 juta (RM594 juta) ditambah dengan nilai tambahan £5 juta (RM29.7 juta) namun tidak dinyatakan syarat pembayaran.
Syarat pembayaran sangat dititikberatkan oleh The Hammers yang mahu sebahagian besar pembayaran pendahuluan daripada nilai perpindahan berkenaan.
Ini akan membolehkan mereka keluar dan mengukuhkan skuad di ketika mereka mencari lebih banyak kejayaan Eropah dalam Liga Europa bagi kempen 2023/24.
Perkembangan terbaharu Arsenal untuk mendapatkan Rice itu hadir hanya beberapa jam selepas bidaan Manchester City bernilai £80 juta (RM475 juta) selain tambahan £10 juta (RM59 juta) ditolak oleh The Hammers.
City kini perlu mengeluarkan lebih daripada £100 juta (RM594 juta) yang mereka belanjakan untuk mengikat Jack Grealish pada Ogos 2021 atau mengaku kalah dalam pemburuan mereka terhadap Rice.
Namun difahamkan jumlah tawaran yang dibentangkan Arsenal kali ini mustahil untuk ditolak.
Rice bercuti ketika ini dan dijangka hanya kembali ke pusat latihan West Ham dalam tempoh dua minggu selepas beraksi bersama England pada kelayakan Euro 2024.
Arteta mahu urusan perpindahan Rice dimuktamadkan sebelum mereka berlepas bagi jelajah Amerika Syarikat dengan aksi pertama mereka pada 20 Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rpindahan-demi-rice |
|
|
|
|
|
|
| |
|