View: 211|Reply: 0
|
Arif Aiman mampu pecah rekod Mokhtar Dahari
[Copy link]
|
|
ARIF Aiman (kanan) pamer aksi cemerlang bersaha Harimau Malaya. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Lumpur: Ledakan hatrik sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai seminggu nyata meletakkan bintang bola sepak sensasi negara, Arif Aiman Hanapi di kelas tersendiri malah dianggap legenda dalam pembikinan selepas era Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Kejayaan meledak empat gol bersama skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Papua New Guinea pada minggu lalu, diteruskan dengan ledakan hatrik ke atas Selangor FC dalam aksi separuh akhir Piala FA, Isnin lalu oleh Arif Aiman.
Kepantasan, ketenangan dan ketajamannya nyata mencuri tumpuan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan yang melebelkannya legenda dalam pembikinan.
Malah, tidak mustahil Arif Aiman mampu memecahkan rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman milik Mokhtar Dahari yang sudah meledak 89 gol buat skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Menurut pakar dan pengkaji bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, beliau melihat pemain berusia 21 tahun itu mempunyai potensi untuk memecah rekod Mokhtar Dahari sekali gus menjadi legenda baharu buat skuad bola sepak negara.
"Saya tengok Arif Aiman ini memang ada potensi," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
"Dengan apa yang di tunjukkan sekarang dia InsyaAllah ada potensi untuk mencapai tahap itu kalau tak jadi tahap mokhtar Dahari pun dia boleh jadi sampai tahap Zainal Abidin, Azman Adnan dan sebagainya," katanya.
Untuk rekod, Mokhtar Dahari adalah penjaring terbanyak negara di pentas antarabangsa dengan 89 gol dalam 142 penampilannya bersama skuad Harimau Malaya dari tahun 1972 hingga 1985.
Pemenang rekod penjaring kedua terbanyak adalah milik Datuk Zainal Abidin Hassan dengan 50 gol, diikuti Allahyarham Isa Bakar (45 gol), Shaharudin Abdullah (39 gol), Datuk Dollah Salleh (33 gol), James Wong dan Safee Sali (masing-masing berkongsi 23 gol).
Di peringkat dunia pula, jaringan 89 gol yang diledak oleh Mokhtar Dahari adalah yang kelima terbanyak yang disahkan oleh Fifa.
SuperMokh negara itu berada di belakang Cristiano Ronaldo yang merekodkan 123 gol, disusuli Ali Daei (109 gol), Lionel Messi (103 gol) dan Sunil Chhetri (92 gol).
Pencapaian Mokhtar Dahari itu turut menyaksikan legenda negara itu mengatasi dua pemain terbaik dalam sejarah dunia itu Pele dan Diego Maradona yang sekadar meledak 77 gol dan 34 gol.
Ditanya mengenai peluang Arif Aiman berkelana di luar negara, Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akui lebih baik pemain muda itu kekal beraksi di Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beberapa musim lagi sebelum benar-benar bersedia untuk mengeksportnya ke luar negara.
"Jadi matlamat perlu jelas menjadi pemain legenda dalam negara dulu, dan kemudian baru dia boleh bercita-cita atau mengembangkan sayap ke negara luar seperti mana Safee Sali.
"Dia (Safee Sali) telah jadi pemain yang agak stabil dan hebat di negara kita, kemudian baru dia pergi ke Indonesia dan sebagainya.
"Kita tidak mahu bila menghantar pemain yang benar-benar belum bersedia ke luar, akhirnya pulang ke negara tanpa apa-apa kejayaan dan itu kita perlukan elakkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ekod-mokhtar-dahari |
|
|
|
|
|
|
| |
|