CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

[Terengganu] Ridzwan lakar nama dalam Redang Channel Solo Swim 2023

[Copy link]
Post time 28-6-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Perenang, Ridzwan Rahim, individu pertama berenang tanpa henti dan sebarang bantuan dari Pulau Redang ke tanah besar Terengganu mdalam acara Redang Channel Solo Swim 2023. FOTO Ihsan FB Ridzwan Rahim

Kuala Terengganu: Perenang Ridzwan Rahim melakar sejarah sebagai individu pertama berenang tanpa henti dari Pulau Redang ke tanah besar Terengganu dengan jarak 25 kilometer (km) dalam acara Redang Channel Solo Swim 2023.

Menerusi cabaran itu, Ridzwan, 46, mula berenang dari Pusat Taman Laut Pulau Redang pada 9.15 malam Sabtu lalu sebelum tiba di Pantai Bari, di sini, sekitar 5.57 petang keesokannya.

Untuk rekod, Ridzwan berenang selama 20 jam 42 minit 26 saat dengan diiringi dua buah bot dan sebuah kayak.

Mengulas mengenai percubaannya itu, Ridzwan yang berasal dari Kajang, Selangor mengakui dirinya kini lebih memahami betapa besarnya cabaran berenang dengam mengharungi perairan Selat Redang.

"Renangan merentas Selat Redang ini jauh lebih dahsyat berbanding di Selat Perhentian pada 2021.

"Meskipun jarak dari Pulau Redang ke tanah besar adalah 25 km, kami terpaksa berenang sejauh 37.36 km disebabkan faktor semulajadi seperti tiupan angin, arus dan sebagainya.

"Selama lebih 20 jam berenang, hanya sejam pertama, waktu matahari terbit dan sejam terakhir di mana keadaannya tenang.

"Selebihnya amat memenatkan. Di sebelah petang, saya nampak ribut melanda tanah besar. Mujurlah ribut itu akhirnya reda," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, cabaran berkenaan adalah percubaan kedua Ridzwan selepas yang pertama pada Mac 2021.

Ia menjadikan Ridzwan adalah perenangpertama berenang sejauh 17 kilometer (km) dari Pulau Perhentian ke tanah besar Terengganu.

Dokumentasi mengenai renangan itu sudah dihantar kepada Persekutuan Perenang Maraton (Marathon Swimmers Federation - MSF) di Amerika Syarikat (AS) untuk pengesahan.

Redang Channel Solo Swim 2023 adalah sebahagian daripada projek besar untuk merintis kluster renangan maraton baharu di perairan Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nnel-solo-swim-2023

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055873 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list