CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Pahang] Bau busuk sejak Khamis - Jiran

[Copy link]
Post time 28-6-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN polis di lokasi kejadian kes bunuh di Flat Purnama, Bentong, Pahang.

Bentong: "Saya sudah menghidu bau busuk sejak Khamis lalu, tapi tak pasti dari mana?" kata M Muniandy yang juga jiran kepada lelaki yang ditemukan mati di Flat Purnama, di sini, pada Ahad lalu.

Difahamkan, ketika ditemui, mayat mangsa berusia 64 tahun itu 'ditemani' anak lelakinya berusia 20-an yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran di dalam bilik rumah dengan kesan melecur.

Muniandy, 56, berkata, bau busuk berkenaan semakin kuat sehingga menusuk hidung pada Ahad menyebabkan dirinya membuat keputusan untuk mengetuk pintu rumah jirannya yang terletak di tingkat bawah flat itu.

Menurutnya, selepas tidak dijawab, dia melaporkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan flat sebelum mereka bertindak memecahkan tingkap.

"Ketika itulah kami lihat lelaki terbabit (mendiang) berada di atas katil dengan kesan terbakar sebelum menghubungi pihak polis.

"Anak OKU lelaki berkenaan yang berada di rumah hanya membuka pintu selepas bapa saudaranya datang dan memujuknya," katanya.

Ketika kejadian, isteri mangsa tiada di rumah kerana berada di kediaman anak kedua mereka di Kuala Lumpur untuk menghadiri janji temu dengan doktor.

Muniandy berkata, anak OKU terbabit jarang dilihat keluar rumah, manakala segala keperluan hariannya diuruskan ibu bapanya.

"Kali terakhir saya nampak isteri lelaki terbabit pada Rabu lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sejak-khamis-jiran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.355341 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list