CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

[Sarawak] Pembantu jualan rugi RM48,687.19 ditipu

[Copy link]
Post time 27-6-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Seorang pembantu jualan mengalami kerugian sejumlah RM48,687.19 selepas terperdaya dengan tawaran komisen kerja dalam talian menerusi aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan polis daripada wanita berusia 30-an itu kelmarin.

"Mangsa telah melayari laman Facebook pada 10 Jun lepas dan melihat iklan kerja kosong yang diiklankan dalam Sibu Job Vacancy.

"Berminat dengan tawaran tersebut, mangsa telah berurusan dengan suspek dan diberikan pautan untuk mendapatkan 'ID' bagi memulakan tugasan.

"Mangsa kemudian diberikan 28 tugasan untuk dilakukan bagi menerima komisen.

"Pada 11 Jun, mangsa telah membuat bayaran sebanyak 12 kali transaksi ke dalam tujuh akaun bank tempatan yang berlainan dan dijanjikan akan menerima komisen bagi setiap pembayaran yang dibuat.

"Namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima komisen yang dijanjikan dan menyedari dirinya telah tertipu," katanya menerusi kenyataan media diterima di sini.

Zulkipli berkata, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

"Orang ramai hendaklah melakukan semakan terperinci dengan syarikat atau agensi yang berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan," jelasnya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.

Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.145266 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list