CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Kelantan] Wanita bukan Islam berseluar pendek dikompaun

[Copy link]
Post time 26-6-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

FOTO Ihsan MPKB.

Kota Bharu: Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengesahkan mengeluarkan kompaun ke atas wanita bukan Islam kerana berpakaian menjolok mata, semalam.

Wanita berusia 35 tahun yang menjalankan perniagaan pakaian itu dikenakan kompaun ketika pemeriksaan penguat kuasa.

Yang Dipertua MPKB Rosnazli Amin berkata, pegawainya melakukan pemeriksaan di premis terletak di Jalan Merbau itu pada 11 pagi.

"Peniaga bukan Muslim itu memakai seluar pendek di tempat awam dan kerana itu dikompaun," katanya ketika dihubungi.

Tindakan dibuat bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985, dengan undang-undang berkaitan pemakaian sopan sudah lama diguna pakai terhadap penduduk Kelantan termasuk bukan Islam.

Difahamkan, wanita itu mempunyai masa tujuh hari daripada tarikh notis dikeluarkan untuk menjelaskan denda, jika enggan dikenakan tindakan lanjut.

Kejadian itu tular di media sosial selepas ahli keluarga wanita berkenaan memuat naik notis kompaun dan turut menimbulkan perdebatan warganet.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-pendek-dikompaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.435260 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list