CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

SuperKIP pamer magis di Jepun

[Copy link]
Post time 26-6-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 26-6-2023 10:11 AM




KUALA LUMPUR: Pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Khairul Idham Pawi terus mengukuhkan penguasaannya di puncak carta kelas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila memenangi Perlumbaan 2, sebentar tadi.


Beraksi di Litar Antarabangsa Sugo, Jepun, Khairul Idham yang menamatkan Perlumbaan 1 Pusingan 3 musim semalam di tempat ke-13 bangkit memburu kemenangan apabila menemui garisan penamat Perlumbaan 2 di tempat pertama dengan catatan 22 minit 59.568 saat (s).

Kemenangan itu meletakkan Khairul Idham kini berada dalam kedudukan selesa menjelang perlumbaan Pusingan 4 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia dari 11 hingga 13 Ogos ini, mendahului carta keseluruhan dengan 118 mata.

Pelumba berusia 24 tahun itu mendahului 27 mata dengan penghuni tangga kedua yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Keito Abe manakala pelumba Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat di kedudukan ketiga, 90 mata.




"Hari ini sangat baik dan saya bersyukur atas kemenangan ini.

"Semalam saya bergelut dengan keadaan litar basah jadi saya cuba sebaiknya hari ini untuk memburu kemenangan.



"Bermula dari petak ke-10 bukan mudah tetapi saya cuba merapatkan jurang di depan secara satu demi satu. Apa yang penting, saya sedar yang saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.


"Saya hanya fokus terhadap pelumba di depan dan ia berhasil. Pada pusingan kedua perlumbaan, saya di belakang Keito dan saya tahu dia sangat kuat di laman sendiri.


"Pada pusingan terakhir, di selekoh terakhir, ia sangat sengit dan saya terus memecut bagi memastikan saya terlebih dulu sampai ke garisan penamat berbanding dia," kata Khairul Idham yang digelar SuperKIP.



Khairul Idham meraikan kejayaan menjuarai Perlumbaan 2 Kejuaraan ARRC.

https://www.bharian.com.my/sukan ... amer-magis-di-jepun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062287 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list