CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Kelantan] Sudah takdir hidup sendiri

[Copy link]
Post time 24-6-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Machang: Bukan sahaja tinggal berseorangan, bapa tunggal ini turut diuji dengan masalah kesihatan apabila diserang angin ahmar sebelah kiri badan sejak lima tahun lalu sekali gus membataskan pergerakannya.

Begitu nasib dilalui Hamat Hassan, 57, dari Kampung Joh, di sini, yang terpaksa hidup berdikari ketika dimamah usia selepas berpisah dengan bekas isteri sejak lebih 10 tahun lalu.

Hamat berkata, dia lebih suka hidup sendirian meskipun mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas isteri kerana tidak mahu menyusahkan anaknya yang mempunyai tanggungjawab dengan keluarganya

"Saya bukan tidak ada anak... tetapi tidak mahu mengganggu dan menyusahkannya. Setiap kali anak pulang ke Kelantan (dari Kuala Lumpur), dia akan menjenguk saya sekali gus dapat mengubat kerinduan," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society Che Norhayati Mohamed menziarahi warga emas berkenaan dan turut menyampaikan wang zakat bagi meringankan beban ditanggungnya.

Hamat berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain sumbangan saudara mara dan penduduk kampung.



CHE Norhayati hadir menziarahi Hamat dan turut menyampaikan wang zakat bagi meringankan beban yang ditanggung. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Menurutnya, ada yang menyarankannya untuk tinggal di rumah orang tua bagi memastikan kebajikan terjaga termasuk dari segi penjagaan kesihatan dan makan minum.

"Memikirkan keadaan diri yang sudah tua selain uzur dan tidak mahu menyusahkan saudara mara dan orang sekeliling, saya tidak keberatan sekiranya dibawa tinggal di rumah orang tua bersama penghuni yang lain.

"Biarlah saya duduk di sana (rumah orang tua) kerana mesti ramai boleh menjaga saya seperti keluarga sendiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akdir-hidup-sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057487 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list