View: 210|Reply: 0
|
Faisal mahu terus pikat Pan-gon
[Copy link]
|
|
KELINCAHAN Faisal sukar dibendung pemain Papua New Guinea.
Kuala Terengganu: Kapten skuad kebangsaan, Faisal Halim tidak meletakkan dirinya berada dalam kedudukan selesa untuk menyarung jersi Harimau Malaya yang bakal bersaing di pentas Piala Asia 2023 di Qatar, Januari tahun depan.
Sebaliknya penyerang Selangor FC itu tetap berusaha memikat hati pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon dengan aksi lebih baik dan bertenaga dalam saingan berbaki kira-kira enam bulan sahaja lagi.
Ketika menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak baru-baru ini, bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu memperagakan aksi mantap selepas meledak satu gol ketika berdepan Papua New Guinea selain melakukan tiga hantaran gol kepada rakan sepasukannya yang berjaya disudahkan dengan jaringan.
"Semua pemain kini bekerja keras merebut tempat dalam skuad kebangsaan termasuk saya, walaupun diletakkan sebagai kapten ketika berdepan Kepulauan Solomon, tapi ianya bukan jaminan 100 peratus berada dalam senarai akhir pemain kebangsaan.
"Dengan berbaki lebih kurang enam bulan sahaja lagi apa-apa pun boleh terjadi, kita tidak tahu siapa bakal disenaraikan nanti, namun impian saya sudah pasti mahu berada dalam senarai akhir pemain negara," katanya.
Ketika ditanya mengenai prestasi pasukan kebangsaan dalam dua pertemuan itu, pemain kelahiran Pulau Pinang berketinggian 1.58 meter itu akui ada peningkatan yang diperagakan pasukan Harimau Malaya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... terus-pikat-pan-gon |
|
|
|
|
|
|
| |
|