View: 212|Reply: 0
|
Brazil tumbang di tangan Mane, Senegal
[Copy link]
|
|
Pertahanan Brazil, Danilo (kanan) mengekang asakan penyerang Senegal, Sadio Mane (tengah) pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jose Alvalade, Lisbon, Portugal awal pagi tadi. – Foto AFP
LISBON: Sadio Mane menyumbang dua gol ketika juara Afrika, Senegal bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan Brazil 4-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Lisbon, awal pagi tadi.
Juara dunia lima kali Brazil masih tidak mempunyai jurulatih tetap selepas pemergian Tite tahun lalu manakala Neymar masih diketepikan kerana kecederaan pangkal kaki yang dialami sejak Februari lalu.
Lucas Paqueta meletakkan negara Amerika Selatan itu di depan menerusi tandukan hasil hantaran lintang Vinicius Junior selepas hanya 10 minit tetapi Senegal menyamakan kedudukan melalui sepakan voli kaki kiri penyerang Strasbourg, Habib Diallo.
Marquinhos kemudian membantu Senegal mendahului pada awal babak kedua apabila pertahanan Paris Saint-Germain itu secara tidak sengaja tertampan bola masuk ke dalam pintu golnya sendiri.
Pertahanan Brazil, Marquinhos (kanan) berebut bola dengan pertahanan Senegal, Youssouf Sabaly ketika aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jose Alvalade, Lisbon awal pagi tadi. – Foto AFP
Mane, yang terlepas aksi Piala Dunia kerana kecederaan dan mengharungi musim sulung yang panjang di Bayern Munich, menambah gol ketiga beberapa minit kemudian dengan satu tendangan lencong menarik ke penjuru atas gol.
Selecao mengurangkan defisit apabila Marquinhos kali ini menyumbat gol di kawasan lawan, melambungkan bola melepasi penjaga gol Senegal, Mory Diaw.
Namun Mane melengkapkan kemenangan Senegal pada masa kecederaan ketika dia meraih gol kedua peribadi pada perlawanan itu menerusi sepakan penalti. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... tangan-mane-senegal |
|
|
|
|
|
|
| |
|