View: 230|Reply: 0
|
Arif Aiman bukan biasa-biasa
[Copy link]
|
|
ARIF Aiman meraikan jaringannya bersama Faisal Halim. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Walaupun masih 'mentah' daripada segi pengalaman di pentas antarabangsa, namun ia tidak menjadi halangan buat penyerang muda skuad Malaysia, Arif Aiman Mohd Hanapi terus mencipta nama.
Buktinya pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam, pemain berusia 21 tahun itu meledak empat jaringan sekali gus membantu skuad Harimau Malaya berpesta gol dengan kemenangan 10-0.
Enam gol lagi dijaringkan Faisal Halim, Danial Ting, Safawi Rasid dan hatrik Paulo Josue.
Lebih membanggakan, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengumpul lima jaringan bersama skuad kebangsaan termasuk satu gol sulungnya ketika berdepan Kepulauan Solomon minggu lalu dengan kemenangan 4-1.
Bagaimanapun, produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu enggan mendabik dada sebaliknya akui masih banyak perlu dipelajari selain perjalanan masih lagi jauh dan berliku.
"Pemain mana yang tidak gembira selepas menjaringkan gol buat pasukan kebangsaan? Begitu juga saya begitu bangga lebih-lebih lagi kerana dapat menjaringkan empat gol hasil bantuan rakan sepasukan.
"Namun bagi saya tidak ada sebab untuk berpuas hati dalam penampilan pada kali ini, perjalanan masih lagi jauh dan berliku, saya cuma memberikan terbaik dan bukan senang membarisi kesebelasan utama pasukan lagipun ramai pemain senior, tapi ianya bagus sebagai persaingan.
"Perlawanan ini juga persediaan terbaik untuk Piala Asia 2023 pada awal tahun depan, ia begitu penting buat kami, saya akan memperbaiki lagi kelemahan yang ada untuk rebut kesebelasan utama," kata pemain kelahiran Pahang itu ketika ditemui selepas tamat perlawanan semalam.
Ketika ditanya adakah kemasukannya pada babak kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya semakin 'mengaum', pemain yang sudah membuat 17 penampilan bersama skuad kebangsaan itu akui semua pemain beraksi dengan baik dan bersungguh-sungguh.
"Bagi saya semua pemain sudah memberikan yang terbaik sama ada pada babak pertama atau kedua, terima kasih kepada jurulatih yang memberikan peluang kepada saya untuk beraksi, tiada beza kerana semua pemain memperagakan aksi terbaik sehingga menang besar.
"Namun saya akui pada babak pertama agak bergelut sedikit, kita mencipta banyak peluang pada aksi babak pertama, namun tiada rezeki untuk menjaringkan lebih banyak gol.
"Jurulatih, Kim Pan-gon memberikan semangat ketika waktu rehat babak pertama, memasuki babak kedua kami tingkatkan usaha sebelum berjaya menjaringkan sembilan gol lagi," katanya yang mahu fokus aksi separuh akhir Piala FA berdepan Selangor FC minggu depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-bukan-biasa-biasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|