View: 152|Reply: 0
|
Al-Ittihad tawar Heung-min RM593 juta
[Copy link]
|
|
HEUNG-min menembusi gawang Manchester United pada April lau.
London: Son Heung-min ditawarkan £100 juta (RM593.18 juta) untuk berpindah ke juara Arab Saudi, Al-Ittihad ketika negara Teluk itu meneruskan hasrat menjadi kuasa bola sepak dunia.
Dengan Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan beberapa pemain seperti N'Golo Kante serta Ruben Neves yang semakin hampir beraksi di Liga Pro Saudi, Heung-min muncul pemain ternama terkini dikaitkan dengan perpindahan lumayan.
Penyerang Korea Selatan berusia 30 tahun itu menjadi sasaran Al-Ittihad yang baharu sahaja mendapatkan Benzema dan bersetuju dengan perjanjian menandatangani Kante.
Menurut ESPN, juara baharu Saudi itu yang menewaskan skuad Ronaldo Al-Nassr untuk meraih gelaran musim lalu menyediakan bidaan permulaan £51 juta (RM302.50 juta). Al-Ittihad turut menawarkan Son kontrak lumayan empat tahun dengan bayaran £25.6 juta (RM151.82 juta) semusim.
Ketika keyakinan di Timur Tengah semakin meningkat dalam usaha mendapatkan Heung-min, Tottenham tidak sedia mendengar sebarang tawaran. Sebaliknya mereka melanjutkan kontrak pemain itu sehingga 2025.
Pemergiannya bakal memberi tamparan hebat kepada pengurus baharu Ange Postecoglou yang sedang berusaha keras mengekalkan kapten Harry Kane di kelab itu.
Heung-min menjadi pemain Spurs sejak 2015 selepas berpindah dari kelab Jerman Bayer Leverkusen. Dia meledak 145 gol dalam 372 perlawanan dan mencipta 80 bantuan jaringan.
Kapten Korea Selatan itu kekal menjadi nadi di bahagian serangan Tottenham dan belum menunjukkan petanda meninggalkan Utara London pada musim panas ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eung-min-rm593-juta |
|
|
|
|
|
|
| |
|