CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 13

Bekas Pelumba Motosikal Saran Anak Muda Tak Beli Sport Rim

[Copy link]
Post time 18-6-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Makkah: Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid mengingatkan anak muda agar membuat tabungan di Tabung Haji (TH) dan tidak menghabiskan wang untuk membeli aksesori motosikal atau barangan mewah kerana hobi.


Wazi, 52, yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam itu berkata beliau kagum melihat ramai jemaah haji negara luar adalah dalam kalangan anak muda yang begitu bertenaga ketika melaksanakan ibadat.


Wazi Abdul Hamid




"Jadi, daripada membeli sport rim, topi keledar berharga RM2,000, RM3,000, lebih baik simpan dalam TH, hanya RM1,300 untuk mendaftar haji, panggilan (haji) insya-Allah akan datang," katanya kepada pemberita di sini.


Beliau turut menyarankan TH untuk mendekati anak muda dengan pelbagai program khusus bagi menarik minat golongan itu menabung dan seterusnya mendaftar haji.


"Mungkin perlu difikirkan bagaimana untuk meremajakan organisasi ini supaya anak muda tidak rasa jauh dengan TH," katanya.


Dalam pada itu, seorang jemaah haji muda Muhammad Haqim Mohd Farid, 18, yang tidak ditemani ahli keluarga berkata dia memberanikan diri untuk berjauhan dengan ibu bapa sepanjang berada di sini.


"Lagipun, saya memang suka berjalan seorang diri, dah biasa seorang," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.


Pemuda itu didaftarkan ibunya untuk menunaikan haji pada 2009 iaitu ketika beliau baru berumur empat tahun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 06:12 PM | Show all posts
Habis tu siapa yang nak beli sport rim? Mereka muda remaja pun nak juga enjoy seperti mana waktu ko muda remaja dahulu wahai cik haji?

Sebab itulah saya tak suka dengan mentali agamawan hajiwan seperti ni, mereka lupa bahawa mereka juga pernah melalui zaman muda remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit dia.
Dia carik.
Toksah dictate cara dia spend duit ikot tekak hg.
Janji dia xbuat mkn dadah dan yg sewaktu dgnnya suda lar.
Soal haji wajib kna buat ni aku malas nk sembang.
Pi mai pi mai tang tu ja argument dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER: Habis tu siapa yang nak beli s ...

Kira cam aku merempit menggatal tak pee.. korang jgn buat.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-6-2023 06:12 PM
Habis tu siapa yang nak beli sport rim? Mereka muda remaja pun nak juga enjoy seperti mana waktu ko  ...

Haha kene setepek..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan nasihat tu sbb kes accident maut ke apa.. rupanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dia masa muda beli tak sport rim?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:31 PM | Show all posts
heshe sokong prof bodo2 tu kekdahnyerr. tu yang keluar ayat pon bodo2 entah hapa benda yihhhhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji Allah ada rezeki xde duit xde tabung haji pun boleh tiba2 dipangggil pergi haji. Xgitu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 19-6-2023 08:40 AM

Untunglah pergi haji ada pihak taja artis2.
Umur 25-30 pakai wang byk. Semua benda nak diadakan dlm 5 tahun, byr ptptn beli kereta beli rumah kawen beranak sara makbapak pergi umrah haji pergi travel gaji masih kecil. Hujunh2 skip la apa boleh skip
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 forum bodo kepam gelabah macam biasa, padahal nasihat dia ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:44 AM | Show all posts
betul la nasihat dia.... xkan nk suruh keluar tabung haji g beli sport rim.
hitam sgt ke hati sampai org nasihat benda elok pun x ble terima?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 09:32 AM | Show all posts
Maksud dia, lepas dah daftar RM1,300 utk gi haji tu korang bole le beli sport rim pulek tak gitew?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 10:38 AM | Show all posts
moral of the story.. dlm hidup nie.. kna kejar dunia n akhirat juga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 2.684768 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list