Malah, kata Fasha, anak-anak juga tidak pernah tahu masalah yang pernah berlaku di antara ibu bapa mereka kerana sentiasa bersatu sebagai keluarga.
"Nangis, sebak. Anak-anak kami dah besar. Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, biasalah manusia tidak lari daripada kesilapan.
"Tapi satu perkara yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni dan berkasih sayang.
"Mereka tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa sebab pada mereka kami adalah keluarga," ujarnya.
Sementara itu, Fasha sempat memberikan pesanan agar orang ramai tidak menjadikan masalah penceraian sebagai cara untuk memutuskan silaturahim sesama keluarga.
"Jangan jadikan perkahwinan yang gagal sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apa-apa pun bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka.
"Merajuk kejap tak apa la, kita manusia kan, punya hati dan perasaan, bukan robot, tapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan, insya-Allah pelangi datang selepas hujan," jelasnya.
Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 10 tahun.
Fasha kemudiannya berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 5 tahun.
Sebelum itu, Rizal dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 16 tahun.
Rizal dan Nora bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Nora kemudian bertemu jodoh dengan usahawan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 7 tahun.
Sumber: mStar