Edited by JoyahMengayah at 12-3-2025 09:15 PM
Penerbit drama, Datuk A Aida, 55, berlapang dada dan akur apabila anaknya, Wan Az Aleesa, 27, perlu menangguhkan pengajian dalam bidang kedoktoran di Indonesia terlebih dahulu.
Ini kerana, dia menerima berita gembira apabila anak sulungnya itu kini disahkan hamil enam minggu.
Tanggung PengajianA Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang mengakui pada awal dia berharap agar Aleesa dapat menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal anak.
Namun, dia reda atas asbab rezeki zuriat adalah ketentuan Allah SWT.
“Anak saya baru hamil enam minggu, Alhamdulillah. Cuma ketika dia hendak kahwin dulu, saya ada luahkan kepadanya agar selesaikan belajar sebelum hamil.
“Tapi, kita hanya merancang dan Allah yang tentukan rezeki zuriat itu.
“Jadi, buat masa sekarang dia tangguhkan pengajiannya dan kini bersama dengan menantu, dia bantu menguruskan perniagaan homestay saya di Pahang,” katanya.
Syukur Rezeki ZuriatA Aida pada masa sama menambah, kehamilan ketika masih dalam pengajian pasti akan memberi cabaran buat anaknya.
Justeru, Aleesa kini berehat sementara sehingga selamat melahirkan anak pertamanya kelak.
“Bukan senang nak dapat rezeki anak. Ini kerana saya sendiri melihat ramai pasangan yang lama berkahwin dan masih tidak dapat anak, berusaha macam-macam termasuk buat IVF untuk miliki zuriat.
“Apabila Allah dah berikan rezeki zuriat kepada anak saya, tak akan pula nak tolak dan tidak bersyukur.
“Saya kini berharap cucu nanti dilahirkan dengan sihat dan dipermudahkan segala urusan nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Wan Az Aleesa mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Zain Azrai Abdul Aziz, pada 15 Julai 2023 dalam satu majlis pernikahan di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain Aleesa, A Aida turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Wan Azevanatassha, 22, dan Muhammad Rahul, 15.
Media Hiburan
|