Edited by pengecattaik at 21-3-2025 12:01 PM
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang melarikan diri ke Sydney, Australia sejak 2021, kini berada di Singapura.
Keberadaan terkini Sajat dimaklumkan oleh pengacara dan pelakon, Roslan Shah.
Roslan berkata, Sajat akan bersamanya di Expo Mega Raya Singapura sehingga hujung minggu ini sebelum menyambut Aidilfitri bersama di negara itu.
"Setakat ini, Alhamdulillah tiada apa-apa masalah untuk Sajat berada di Singapura.
"Sebelum ini, ada masalah dalaman sikit membabitkan pasport, tapi sekarang sudah dapat diselesaikan.
"Dia akan menyambut Aidilfitri bersama saya di Singapura. Dia yang mahu beraya di sini, kebetulan dapat cuti," katanya kepada BH Online.
Berkongsi keadaan terkini Sajat, Roslan berkata, usahawan sensasi itu dalam keadaan baik, malah sangat merindui Singapura dan Malaysia.
"Dia kata memang sangat rindu dengan Singapura dan Malaysia. Sebelum ini, Sajat pernah terkandas di lapangan terbang dan tak sempat datang.
"Sekarang, bila sudah dapat masuk, boleh dikatakan ini rezeki dia. Sekarang, Sajat nampak sangat gembira dan kehadiran dia adalah satu kejutan," katanya.
BH
|