CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24253|Reply: 8

Lelaki Luah Nak Jumpa Wan Maimunah Raya Kali Ini, Wajah Persis Arwah Ibu Yang ‘Pergi’ 19 Tahun Lepas

[Copy link]
Post time 17-3-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode



Kisah menyayat hati seorang pengguna akaun Thread @syukriesufian menjadi tular apabila saudara ini berkongsikan hasratnya untuk bertemu pelakon veteren kesayangan ramai, Wan Maimunah.

Hal ini kerana, pelakon yang sinonim dengan watak ibu tersebut dikatakan mempunyai wajah mirip dengan arwah ibunya.

Kisah menyayat hati seorang pengguna akaun Thread @syukriesufian menjadi tular apabila saudara ini berkongsikan hasratnya untuk bertemu pelakon veteren kesayangan ramai, Wan Maimunah.

Hal ini kerana, pelakon yang sinonim dengan watak ibu tersebut dikatakan mempunyai wajah mirip dengan arwah ibunya.


Foto arwah ibu (kiri), Wan Maimunah (kanan).

Dalam postingnya di Threads, lelaki tersebut menulis:

“Assalamualaikum. Tahun ni saya nak tebal muka sikit. Saya tahu Wan Maimunah ada dekat Terengganu niaga ayam bakar, tapi agak-agak raya tahun ni beliau ada dekat mana ye?

Saya teringin nak jumpa dia sebab wajah dia persis arwah mak. Arwah mak meninggal 19 tahun lepas tapi perasaan bersalah tu masih saya simpan sampai sekarang. Cuma berharap tahun ni, saya boleh lepaskan beban/masalah/dosa yang saya galas selama 19 tahun ni.”

Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz pun dikhabarkan telah bersedia untuk bertemu dengan lelaki yang teringin berjumpa dengannya bagi melepaskan kerinduan terhadap arwah ibunya.

Perkara itu dimaklumkan anak kepada pelakon tersebut, Muhammad Shah Muhammad, 45, bahawa lelaki tersebut boleh bertemu dengan Wan Maimunah di gerai ayam golek Ferris Wheel di Pengadang Baru, Kuala Terengganu sebelum pelakon veteran itu pulang ke kampung di Jasin, Melaka pada 21 Mac depan.



Muhammad Shah berkata, perkara tersebut disedari selepas dia dihubungi beberapa kenalan yang ingin membantu lelaki tersebut bertemu ibunya.

“Saya terkejut apabila dapat tahu kisah lelaki ini yang kesal kerana tidak dapat memohon kemaafan dari ibunya yang meninggal dunia 19 tahun lalu. Lelaki itu mendakwa wajah arwah ibunya sangat mirip dengan Wan Maimunah dan begitu teringin berjumpa untuk melepaskan kerinduan.

“Lelaki ini boleh datang ke sini untuk berjumpa dengan ibu. Insya-ALLAH, ibu saya akan berada di gerai ayam golek Ferris Wheel di Pengadang Baru di sini hingga Jumaat depan sebelum pulang ke rumah adik di Jasin,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Shah berkata, tiada sebarang masalah juga sekiranya lelaki tersebut ingin berjumpa Wan Maimunah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti. Difahamkan juga, @syukriesufian telah mendapat mesej daripada anak Wan Maimunah dan bakal bertemu dengannya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah. Nampak gaya macam ada rezeki untuk bersua muka. Moga diberi kesempatan. Anak kepada Wan Maimunah dah respon dekat FB. Terima kasih semua.”

*Rindu kepada insan tersayang yang telah pergi itu memang perit untuk ditelan. Harapnya pertemuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan ketenangan buat lelaki tersebut.


Sumber: Threads @syukriesufian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk gambar passport nampak x sama pon.. Maybe irl serupa lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar arwah mcm more to shiela rusly je
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Celah mana sama?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2025 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm tak sama pun... adakah hanya untuk meraih Likes n views?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 18-3-2025 12:26 AM

Den pun mata kero mcm yg lain..xsama pun..apoo... kehkehkeh

Nk jumpa utk melepaskan rs beban, rs bersalah Dan rs berdosa sbb xdpt minta maaf buat kali terakhir dgn arwah ibu katanya..jd motif nk jumpa acik maimunah utk apa?? Bkn dpt beri keampunan on behalf pun..ke mcm mn?? Ckp sajelah sekadar nk luah rindu dgn arwah.. itu dh cukup...apoo la ko..kan xpsl jd cult..ni zaman fitnah dik..kan ada yg buat lagu ni lg bila ada yg start..tp dgn org lain plak...walau muka xsama pun... kehkehkeh whateverrrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun nampak tak sama. Motif ko nak berlakon drama ayor mata ke dengan wan maimunah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2025 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak sama pada kening je. Mungkin kena tgk gambar yg sama usia br nmpak persamaan agaknya. Tak pepasal muka arwah maknye masuk bod gossip retis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2025 02:43 AM | Show all posts
Errkkkkk.....sikit pun x sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044551 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list