View: 24382|Reply: 16
|
[Tempatan]
Dari kecil suka makanan segera- umur 33 tahun derita gout kronik, buah pinggang rosak tahap lima
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Ujian kesihatan berterusan dihadapi Muhd Idzwan Syafiq Mohd Johari, 33, tidak mematahkan semangatnya dan terus kekal positif meneruskan kehidupannya.
Dia menderita gout kronik sejak tujuh tahun lalu dan kini disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap lima sejak 2023.
Sebelum itu, Muhd Idzwan mengalami kecederaan tulang belakang akibat jatuh pada 2019 selain dijangkiti Covid-19 yang memberi kesan pada paru-paru seterusnya masalah ligamen lutut.
Kini, Muhd Idzwan Syafiq yang berasal dari Kok Lanas tidak mampu berjalan dan masa hanya dihabiskan di kerusi roda manakala rutin hariannya diuruskan ibunya, Che Piah Che Seman, 68.
Menurutnya, sejak kecil dia gemar makan makanan segera malah berhadapan masalah obesiti apabila berat mencecah 190 kilogram (kg).
"Asalnya saya hanya menghidap penyakit gout. Pada 2019 saya terjatuh tangga dan disebabkan berat badan impaknya menyebabkan tulang belakang cedera dan perlu menjalani empat pembedahan.
"Beberapa tahun saya hanya terlantar di katil sehinggalah dinasihatkan menjalani rawatan fisioterapi dan sebelum itu perlu membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada penyakit lain," katanya ketika ditemui ketika sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2025 di Pusat Penjagaan Kesihatan Neo Medicare di sini, hari ini.
Muhd Idzwan Syafiq berkata, hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati dia menghidap penyakit buah pinggang dan sudah di tahap lima.
"Saya sudah jangka bakal berhadapan pelbagai komplikasi. Selain gemar makan makanan ringan ketika sihat dulu, pengambilan ubat tahan sakit yang kerap juga menyumbang kepada penyakit buah pinggang ini.
"Ada juga rasa kesal sebab tidak tahu semua perbuatan itu memberi kesan besar kepada kesihatan sendiri. Saya nasihatkan orang ramai supaya menjaga pemakanan supaya dapat mencegahnya lebih awal.
"Saya sudah enam kali rawatan dialisis selain merujuk ke pusat rawatan kesihatan ini. Jika dulu berat badan saya hampir 200 kg menyebabkan sukar untuk bergerak tapi kini hasil dari amalan pemakanan sihat, berat saya sudah menjadi 55kg," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Contoh “makan je selagi boleh makan”…. Bila dah sakit mmg terus xleh makan dah. Kan better je tukar jadi “ makan untuk sihat” …. Gittchewwww
Tapi dasat la turun dari berat 200 kg ke 55kg. Hope bkn turun sbb kencing manis |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga rasa kesal sebab tidak tahu semua perbuatan itu memberi kesan besar kepada kesihatan sendiri.
ko sejenis ignorance
kempen kesedaran amalkan makanan sihat Dr sekolah lg
piramid makanan ape benda semua tu
yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 16-3-2025 05:35 AM
Contoh “makan je selagi boleh makan”…. Bila dah sakit mmg terus xleh makan dah. Kan better je tuk ...
Makan je kalau nak makan - ni pulak mil aku punya kempen. Tak padan dgn darah tinggi kencing manih sakit lutut segala. Marah kalau aku tegur laki aku suruh pantang makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 16-3-2025 08:20 AM
Makan je kalau nak makan - ni pulak mil aku punya kempen. Tak padan dgn darah tinggi kencing manih ...
Ya betul. Kalau nak makan2 time sihat ni, boleh je cuma jgn over. Contoh kalau nak makan juga megi, ramen ka, makan lah tapi jgn laa makan 2 peket terus, atau sepeket tapi makan setiap hari. At least gap 2 minggu camtu. Skali skala ok la… bukan bermakna x boleh nk merasa langsung |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 16-3-2025 09:59 AM
Ya betul. Kalau nak makan2 time sihat ni, boleh je cuma jgn over. Contoh kalau nak makan juga megi ...
Org 190kg ni rasanya bkn sbb mkn 2 paket megi ka apa.. more likely makan cheeseburger 10 biji sekali sitting utk 1 kali makan, pastu mkn berkali2 dlm sehari..
Iols tgk the biggest loser jaman dolu2, ada sorang mamat ni takazut 1 cheeseburger equivalent to 1 hour exercise jogging.. pastu dia habaq dia dolu2 mkn 10 biji sekaligus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dr skrg dah pantang mkn.. sbb ape . Satu aku takut penyakit.. satu lg persepsi aku org gomok ni buruk bodoh busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-3-2025 10:18 AM
Org 190kg ni rasanya bkn sbb mkn 2 paket megi ka apa.. more likely makan cheeseburger 10 biji seka ...
Depa ni dah masuk penyakit makan dah. Dah x boleh control satisfaction makan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak hidup lama tu OK just make sure bila nak mati tu mati terus. Kesian mak yang membela tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak nampak kat tiktok kadang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aku_blur at 16-3-2025 01:48 PM
6 kali dialisis bermaksud sakit buah pinggang akut..memang boleh sembuh..biasanya akibat ubat tahan sakit..pesakit gout biasa boleh kena akut ni..ini pakai ijc, dialisis dalam wad..sementara saja..
Kalau 6 kali dialisis bermaksud hanya 2 minggu dialisis..pesakit dialsis akan jjalani seminggu 3x dialsis..
Ckd tak boleh sembuh..dlm 3 hari tak dialisis je boleh mati
Akut memang beberapa kali je lepas tu stop dialisis..
Bahaya siapa yg percaya..stop dialisis..boleh bawa maut |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak puasa ye, Baru teguk air toffee hazelnut mixue M size, rasa bersalah pulak, korang agak berapa kandungan gula dalam minuman macam tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Korang kutuk2 dia, tengok2 hidop dia lagik panjang dari yang kutuk dia. Sok2 mati eksiden ka apa, naya ja. Begitu sihat aruah Ashraf Sinclair pun mati muda juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 16-3-2025 06:05 AM
Meols teringat ex klasmet meols dulu kemain mengutuk meols gemok obesiti zaman SMK, ujung2 dia mati 15 tahun lebih awal dari meols sebab kanser. Sapa soh kau merokok dari zaman SMK. Pehtu bila tau ada kanser, tak pi treatment. Siap marah doktor bila doktor tegur soh jaga makan jaga itu ini. Mati umo 20an la jawabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pas puasa ke 15, bru kne serang gout
Rsa sbb mkn ikan kayu (tongkol) bakar
Style sabahan
Masih lgi berdenyut kaki nie,
nk jln pun bertongkat |
|
|
|
|
|
|
|
makanan zaman skrg banyak racun...kena kembali ke zaman dulu2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|