CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14312|Reply: 9

[Tempatan] Seniwati Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM

[Copy link]
Post time 15-3-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-3-2025 02:01 PM

Empat filem Sarimah berjaya diambil semula daripada syarikat produksi
Bernama
Diterbitkan:  Mar 14, 2025





Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berjaya membantu seniwati legenda Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata filem Dia Ibuku, Jejak Bertapak, Kabus Tengah Hari dan Detik 12 Malam diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.

Teo berkata pihak yang memiliki bahan filem berkenaan telah menyerahkan salinan dalam format cakera keras (HDD) kepada Finas untuk tujuan restorasi.

“Langkah ini membolehkan salinan filem diserahkan kepada Datuk Sarimah sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan warisan seni negara,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Seni Madani Finas di kediaman anak Sarimah di Subang Jaya, Selangor hari ini.


Turut hadir CEO Finas Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Freddie Fernandez.

Teo turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang pernah menghidap kanser usus pada 2022.




Mengulas mengenai program Ziarah Seni Madani Finas, Teo berkata Sarimah merupakan penerima pertama program itu bagi tahun ini bersempena dengan Ramadan dan meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

“Kita juga ingin memberikan penghargaan dan menunjukkan pengiktirafan yang tertinggi kepada tokoh-tokoh dan legenda anak seni tempatan seperti seniwati Sarimah.



“Program tahun ini kita sasarkan 100 orang penerima termasuk penyerahan sumbangan dalam program bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzli nanti,” katanya.

Sementara itu, Azmir Saifuddin berkata perbincangan bagi mendapatkan semula salinan filem Sarimah dengan syarikat produksi terlibat berjalan hampir setahun sebelum pihak berkenaan bersetuju menyerahkannya kepada seniwati berkenaan.

“Filem berkenaan diambil menerusi perjanjian dengan satu pihak, dan pihak itu kemudiannya menjual filem berkenaan kepada pihak lain, kita berjaya kesan dan adakan perbincangan bersama mereka.

“Mereka setuju menyerahkan salinan filem itu dan membenarkan untuk karya itu disiarkan di RTM dengan bayaran fi selama setahun misalnya diberikan kepada Sarimah,” katanya.

Sebelum ini, Sarimah, 83, memohon seorang penerbit terkenal mengembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 37 tahun lepas sebelum beliau meninggal dunia.

-Bernama



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2025 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 15-3-2025 12:32 PM

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Bernama
Mac 14, 2025
  



SUBANG JAYA: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani menerusi Kementerian Komunikasi yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.


Beliau yang sebak dan tidak mampu membendung air mata juga menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


"Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Kerajaan Madani, khususnya kepada Perdana Menteri kita, saya tak dapat membalas budinya. Cuma Allah saja yang mampu membalas budi beliau (Anwar).


"Saya doakan beliau (Anwar) diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian, saya tak pernah berjumpa berdepan dengan beliau, hanya sekali itu pun kami berselisih ketika saya sedang merakam penggambaran filem," katanya ketika ditemui di rumah anaknya di sini hari ini, dalam program Ziarah Seni Madani Finas yang dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil, dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.




Pada program itu, Teo turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang kini pulih daripada kanser usus selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.
Teo berkata Kementerian Komunikasi akan berusaha menunaikan hasrat Sarimah untuk bertemu Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.


Mengenai perkembangan kesihatan Sarimah, anak bongsunya, Yusarima Puteri Yusof, 54, berkata seniwati itu dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital kerana penyakit diabetik, baru-baru ini.


Yusarima Puteri berkata selepas Sarimah dibenarkan keluar dari hospital, keadaan kesihatan pelakon filem "Madu Tiga" dan "Tiga Abdul" itu tidak begitu memberangsangkan dan memohon semua pihak, khususnya peminat untuk terus mendoakan kesejahteraan ibunya.


Pelakon ikonik era 1960-an dan 1970-an juga pernah membintangi pelbagai filem popular malar segar seperti "Ali Baba Bujang Lapok" dan "Labu Labi".
Sepanjang kariernya, Sarimah pernah merangkul pelbagai anugerah, termasuk Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaya 1970, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) kedua 1980 serta Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman FFM 32 pada 2022.- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Production house mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling suka cerita dia ibuku. Memang org temerloh manjakan sgt anak, tknk anak rasa susah kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 02:02 PM | Show all posts
apesal Pee Eem2 lain tak bantu Seniwati ni sblm ni?

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 15-3-2025 12:51 PM
Paling suka cerita dia ibuku. Memang org temerloh manjakan sgt anak, tknk anak rasa susah kononnya

sama lah
m. Jamil anaknya dlm tu super comel
hahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi bukti di M'sia ni yang penat seniman yang kaya penerbit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 04:16 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 15-3-2025 02:02 PM
apesal Pee Eem2 lain tak bantu Seniwati ni sblm ni?

Tak sempat fikir kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 04:38 PM | Show all posts

yer ler..

mungkin fikiran tu sebok nak menyakau jer

tak ikhlas nak tolong rekyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2025 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 15-3-2025 05:11 PM

Ibu bikin filem dengan keringat, air mata - anak Sarimah
bh.com.my
Oleh Farihad Shalla Mahmud
Mac 15, 2025


Azmir (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sarimah pada Program Ziarah Seni Madani FINAS, semalam. Foto NSTP Ahmad Ukasyah


SUBANG JAYA: Anak kelima seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 83, iaitu Yusarima Yusof, 54, bersyukur perjuangan ibu yang mahu mendapatkan semula hak cipta empat filem terbitannya, berjaya, selepas hampir empat dekad mencuba.

Yusarima berkata, keempat-empat filem terbabit, iaitu Dia Ibuku, Detik 12 Malam, Jejak Bertapak dan Kabus Tengahari sangat bermakna buat ibunya.


"Keempat-empat filem itu dihasilkan dengan keringat dan air mata. Semua perkara ibu buat sendiri termasuk daripada pengurusan, kewangan dan kerja produksi.


"Saya juga lihat betapa kecewanya ibu apabila empat filem itu gagal dikesan dan tiada siapa tahu mengenainya. Tidak mahu melihat ibu bersedih, pada 4 Februari tahun lalu, saya hantar e-emel kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon bantuan," katanya ditemui selepas ibunya menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching di kediamannya di sini, semalam.

Program Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez.

Semalam, Sarimah diberi jaminan kerajaan bahawa hak cipta empat filem 'box office' terbitannya pada era 1980-an, iaitu Dia Ibuku, Detik 12 Malam, Jejak Bertapak dan Kabus Tengahari, bakal diserahkan kepadanya, tidak lama lagi.

Sarimah yang juga ibu kepada enam cahaya mata sebelum ini mendakwa, pita asal empat filem terbabit yang disifatkan amat bermakna, diambil seorang penerbit pada hari kematian suaminya, Allahyarham Yusof Majid pada 1988. Sarimah turut mendakwa, individu terbabit memungkiri janji memulangkan empat filem berkenaan kepadanya.


Yusarima mengaku menangis sebaik diberitahu hak cipta empat filem terbitan Sarimah Film Production itu bakal diserahkan kepada ibunya.

"Saya tidak bekerja dan tidak boleh beri ibu apa-apa. Jadi, inilah jalan akhir yang saya boleh lakukan untuk menggembirakannya. Apabila dapat tahu berita gembira itu, saya menangis kerana dapat tunaikan hasratnya," katanya.

Sementara itu, Azmir berkata, beberapa siri pertemuan diatur dengan pihak yang menyimpan empat filem Sarimah, dalam usaha mendapatkan semula hak milik harta intelek itu.

"Kami hubungi Media Prima Berhad (MPB) kerana merasakan syarikat itu pasti ada simpan rekod atau senarai pengedar filem yang ditayangkan.

"Ini langkah bijak kerana dengan bantuan MPB, kami dapat senarai syarikat yang menjadi pengedar keempat-empat filem terbabit.

"Selepas beberapa kali berbincang dan syarikat terbabit menyedari filem itu milik seorang ikon dalam industri perfileman tanah air, mereka setuju untuk menyerahkannya kepada FINAS untuk tujuan pendigitalan.

"Syarikat terbabit juga bersetuju dengan saranan untuk memberi sagu hati kepada Sarimah," katanya.

Tambah Azmir, kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan isu filem Sarimah itu didorong amanat yang pernah disuarakan pelakon filem Madu Tiga itu sebelum ini.

"Apabila Sarimah minta dikembalikan semula pita asal filem itu, bukanlah sebab hendak buat duit.

"Sebaliknya, sebelum beliau pergi, biarlah hak cipta hasil kerjanya itu berada di bawah jagaan keluarganya. Sarimah juga mahu apa yang dilakukannya itu menjadi contoh kepada artis lain," katanya.

Sementara itu, Freddie menganggap isu filem Sarimah sebagai permasalahan negara dan perlu diselesaikan segera.

"Biarpun pada peringkat awal, kami sukar dapatkan gambaran apa yang terjadi akibat tiada butiran terperinci dan rujukan, kami tidak putus asa.

"Hasil perbincangan yang berlarutan beberapa bulan, syarikat terbabit akhirnya bersetuju untuk menyerahkan kembali hak cipta kepada pemilik asal. Cuma perkara dibuat atas budi bicara, bukan berdasarkan undang-undang," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.618613 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list