CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Dua misi utama Wilkin berdepan Papua New Guinea

[Copy link]
Post time 18-6-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

WILKIN mahu tingkatkan lagi kualiti permainan pada aksi persahabatan kedua nanti. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: 'Arkitek' skuad kebangsaan, Stuart Wilkin menjelaskan secara peribadi dua misi utama yang perlu 'diselesaikan' apabila pasukannya bakal turun melayani kunjungan Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Selasa ini.

Jelas pemain kelahiran England berusia 25 tahun itu berkata, pertama dia mengharapkan ada peningkatan corak permainan yang bakal diperagakan skuad Harimau Malaya pada aksi antarabangsa kedua di stadium itu selepas aksi persahabatan pertama berakhir dengan kemenangan 4-2 menumpaskan Kepulauan Solomon Rabu lalu.

Tambah tonggak Sabah FC itu, secara peribadi dia juga mahu meningkatkan kualiti permainannya jika diberi peluang kedua selepas disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika berdepan dengan Kepulauan Solomon minggu lalu.

"Persiapan pasukan semuanya bagus dan berjalan lancar daripada segi latihan mental dan taktikal bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon, apa yang kami harapkan perlawanan kedua itu pastinya mahukan peningkatan dalam semua aspek, kami akan lihat permainan mereka dan mencari ramuan untuk menewaskan pasukan itu.

"Kedua secara peribadi, saya juga mahu tingkatkan lagi kualiti permainan pada aksi persahabatan kedua nanti selepas diberi peluang membarisi kesebelasan utama pada aksi pertama minggu lalu.

"Namun saya sedar, sememangnya ramai pemain tengah yang berkualiti di Malaysia sekali gus menyaksikan persaingan yang begitu sihat dan sukar bagi saya untuk merebut tempat, namun apapun saya akan berikan yang terbaik dan sepenuhnya untuk negara jika diberi peluang," kata Wilkin yang pernah menyarung jersi pasukan belia kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton pada 2016.

Ketika ditanya peluang Harimau Malaya untuk melakar kemenangan kedua berdepan Papua New Guinea terutama selepas pasukan itu mengikat Singapura 2-2 Jumaat lalu, Wilkin yang sudah meledak empat jaringan menerusi sepuluh penampilan bersama Harimau Malaya menyifatkan skuad Papua New Guinea tetap lawan yang sukar.

"Atas kertas ranking dunia kita lebih baik iaitu di kedudukan ke-138 berbanding lawan di kedudukan ke-159, namun mereka pasti hadir dengan corak permainan berbeza selain faktor fizikal mereka.

"Kami tekad peragakan aksi terbaik, harapan seluruh peminat setia pastinya tinggi mahukan kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri, jadi kami akan letakkan harapan itu sebagai cabaran utama dalam setiap perlawanan walaupun sedar ianya bukan perlawanan yang mudah, kami akan berusaha keras mengikut perancangan jurulatih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya," katanya ketika ditemui pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Terengganu, petang ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-papua-new-guinea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.097157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list