View: 587|Reply: 16
|
'Bila Saya Jadi Pm, Saya Tak Mahu Zalim, Nafi Hak Rakyat' - Anwar
[Copy link]
|
|
Tumpat: Kerajaan sama sekali tidak akan berlaku zalim kepada rakyat atau menganaktirikan negeri pembangkang biarpun berbeza fahaman politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak rakyat tidak akan dinafikan terutama dalam hal keagamaan serta kebajikan.
" erundingan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat walau memilih (pilihan raya) itu keputusan rakyat.
"Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang dalam penjara walau itu sudah saya lalui ini.
"Kita (kerajaan) ada berbeza pendapat tapi saya tak akan zalim, soal Pilihan Raya Negeri (PRN) nak berbalah, kita berbalah tapi jangan bebankan rakyat," katanya dalam ucapan di sini, hari ini.
Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di perkarangan Masjid At-Taqwa, Mukim Alor Pasir, di sini, dan menyerahkan peruntukan sebanyak RM7.76 juta untuk projek menyiapkan masjid terbabit.
Beliau berkata, Kelantan antara negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan Madani dan perkara yang sama dinikmati Kedah yang juga negeri pembangkang.
Katanya, di Kelantan, isu bekalan air serta banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat malah peruntukan sejumlah RM103,863,258 turut disalurkan kepada golongan imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini.
"Dalam Belanjawan Madani lalu, semua projek kita teruskan antaranya tadahan air, naik taraf jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok.
"Begitu juga dengan sekolah agama rakyat (SAR) yang mana semua keperluan peruntukan dihentikan pada 1999 oleh Perdana Menteri masa itu manakala saya sedang 'berehat' di (penjara) Sungai Buloh.
"Bila saya jadi PM sekarang, saya akan kaji balik semua keperluan SAR dengan tidak memilih kelompok mana-mana, sama rata kerana institusi itu ada peranannya," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Saya cuma mahu nafi hak T20 ja 
|
|
|
|
|
|
|
|
DSAI x penah janji nak tolong settle masalah air kat klate...
tup2 x sampai 6 bulan jadik PM...
dah start cari solution utk masalah air klate..
walaupun klate PAS pegang
tp tu ler..
DSAI da hint2 nak tolong jugak masalah air Kedah
tp Noosi nyombong..
siap cari lagi salah DSAI - skop pengampunan DSAi
kesian rakyat Keda..
|
|
|
|
|
|
|
|
sila buat poll kita tgk sapa yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju, jangan nafikan hak kami sebagai rakyat Bumiputera. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma mampu tersenyum dan melihat
  |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 18-6-2023 03:32 PM
DSAI x penah janji nak tolong settle masalah air kat klate...
tup2 x sampai 6 bulan jadik PM...
Itu tanggungjawab..bukan perlu janji..rakyat kelantan pun byr cukqi..yg lari cukainya cina ph |
|
|
|
|
|
|
|
ye la taknak zalimi rakyat..abih barang semua naik camna? makin lama makin mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 18-6-2023 08:44 PM
ya tanggungjawab semua PM..
apa yg Bijan & Abahcow buat masa depa Pee Eem..
masa Bijan & Abahcow Pee Eem, depa comolot lagi ngan PAAS..
x jugak settle masalah ayor...
PH yg x comolot ngan PAAS n Klate bukan under PH pong, DSAI offer bantu dan kmdian bantu..
Sanoosee x yah cakap ler..
DSAI bagi hint2 nak tolong Keda yg bukan under PH..
tp sanoosee nyombong dan dibantainya balik DSAI
sanoosee pertahankan ego nya tp yg tanggung masalah ayaq adalah ore keda
kat sini da tau sapa PM n muntrik besaq yg nak buat keje untuk rakyat
tapi banyak rakyat membutakan mata dan bantai DSAi lagik ada
manusia x tau bersyukur
|
|
|
|
|
|
|
|
Berjela2 janji tak ditunaikan malah dibuat pelbagai dalih & alasan... Yg tu tak zalim katanya kahkahkah  |
|
|
|
|
|
|
|
dah terbukti hang menzalimi rakyat, langsung takde apa utk bantu rakyat hadapi kenaikan kos sara hidup. hang & munteri2 yg hang lantik sorg pun tak layak... kaki temberang & penyangak termasuk anak bini hang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku nampak khinzir berterbangan bebas di angkasa raya |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku nampak khinzir berterbangan bebas di angkasa raya |
|
|
|
|
|
|
|
KITA KENCING SAMPAI HANCINGGGGGGGGGG |
|
|
|
|
|
|
|
KITA KENCING SAMPAI HANCINGGGGGGGGGG |
|
|
|
|
|
|
|
gomen kena bagi sabsidi
sabsidi naik, utang negara naik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|