View: 173|Reply: 0
|
Arif Aiman mahu tingkat prestasi bertemu Papua New Guinea
[Copy link]
|
|
AIMAN dikepung oleh beberapa pemain Kepulauan Solomon pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Rabu lepas. – PUQTRA HAIRRY
PEMAIN Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M), Arif Aiman Hanapi belum berpuas hati dengan prestasinya bersama Harimau Malaya sewaktu mengatasi Kepulauan Solomon pada Rabu lalu.
Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, masih banyak aspek yang harus dia perbaiki meskipun berjaya membuka akaun jaringan bersama pasukan kebangsaan dalam perlawanan itu.
Katanya, dia harus bekerja keras bagi mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama yang turut menjadi rebutan pemain seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Faisal Abdul Halim.
“Sudah tentu saya bangga kerana dapat menjaringkan gol ketika menyarung jersi keramat Harimau Malaya.
“Begitupun yang lebih mustahak, saya dan semua pemain dapat membaiki setiap kelemahan bagi menghadapi perlawanan berikutnya kerana ini juga persediaan menghadapi Piala Asia,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Sewaktu perlawanan pada Rabu lalu, Arif Aiman menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa menerusi sepakan penalti dalam masa tambahan sebelum rehat.
Pemain berusia 21 tahun itu dijangka terus diberi kepercayaan di bahagian sayap bersama Faisal untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan Papua New Guinea pada Selasa ini.
Arif Aiman berjanji untuk meningkatkan prestasi sewaktu bertemu Papua New Guinea.
Ujar beliau, pasukan lawan dijangka lawan yang sukar meskipun kedudukan ranking lebih memihak skuad kebangsaan.
“Kunci kejayaan Harimau Malaya adalah persediaan rapi bertemu mana-mana pasukan dan saya optimis jurulatih, Kim Pan-gon mempunyai percaturan terbaik bagi perlawanan seterusnya.
“Walaupun Papua New Guinea di ranking 159 dunia dan Malaysia di tempat 138, itu bukan jaminan kita akan diberi laluan mudah sebaliknya saya menjangkakan saingan lebih sengit,” tambahnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... u-papua-new-guinea/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|