CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Haaland gagal beri impak buat Norway

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

HAALAND (kanan) hanya meledak gol sagu hati Norway ketika menentang Scotland. FOTO AFP

Oslo: Scotland berjaya mencatat kemenangan penting di kelayakan Euro 2024 apabila dua gol lewat perlawanan dalam masa dua minit daripada Lyndon Dykes dan Kenny McLean membolehkan mereka menumpaskan Norway 2-1 di Oslo.

Penalti Erling Haaland pada mulanya seakan boleh membantu Norway untuk memburu tempat ke kejohanan utama buat kali pertama selepas 24 tahun.

Bagaimanapun, peningkatan di lewat permainan menyaksikan Scotland berjaya mengekalkan aksi sempurna mereka di peringkat kelayakan selepas tiga perlawanan.

Anak buah Steve Clarke melebarkan pendahuluan mereka di tangga teratas Kumpulan A dengan kelebihan enam mata ke atas Sepanyol dan lapan mata meninggalkan Norway, dengan dua pasukan teratas layak ke Euro 2024.

"Kadang-kadang, apabila tiba masa anda, anda hanya perlu melawan ombak. Anak buah saya percaya pada diri mereka sendiri dan meneruskan perjalanan," kata Clarke.

Norway sekarang ini kelihatan bakal terlepas satu lagi kejohanan antarabangsa walaupun memiliki dua pemain bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Haaland dan ketua pasukan Arsenal, Martin Odegaard.

"Ia kelihatan sangat sukar sekarang, kami perlu jujur dengan diri kami sendiri," kata Odegaard kepada Viaplay mengenai prospek kelayakan negaranya.

"Satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan sekarang ialah bersatu dan berjuang bersama. Kami mempunyai perlawanan lain Rabu ini, kami perlu bersedia dan memenangi perlawanan itu tetapi ia kelihatan sukar sekarang."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-impak-buat-norway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.036238 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list