CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Thailand Dikenal Pasti Negara Sumber, Transit Sindiket Siber Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 16-6-2023 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Thailand dikenal pasti sebagai negara sumber dan transit bagi sindiket jenayah yang menjalankan penipuan siber di Kemboja, Laos, Burma dan Filipina, kebiasaannya di Zon Ekonomi Khas (SEZ), menurut Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2023 Jabatan Negara Amerika Syarikat.


Laporan yang dikeluarkan pada Khamis menyatakan sindiket itu mengeksploitasi mangsa melalui buruh paksa, jenayah paksa dan pemerdagangan seks.


Laporan Tip mengenal pasti Thailand sebagai negara sumber dan transit bagi sindiket jenayah yang menjalankan penipuan siber di Kemboja, Laos, Burma dan Filipina. FOTO AFP.




"Operasi penipuan siber menggunakan Thailand sebagai negara transit, merekrut pekerja dari banyak negara dengan janji palsu mengenai pekerjaan bergaji tinggi di Thailand, namun mereka kemudiannya dibawa dan ditempatkan di pusat operasi di negara jiran dan memaksa untuk melakukan penipuan dalam talian," menurut laporan itu.


Kira-kira 177,000 kanak-kanak Thailand, kebanyakannya lelaki terlibat dalam buruh kanak-kanak, termasuk dalam bidang pertanian, membaiki kereta dan perkhidmatan perdagangan lain, pembinaan, pengilangan dan dalam industri perhotelan serta berisiko menjadi secara paksa.


Ada laporan menyebut kumpulan pemisah di selatan Thailand merekrut dan menggunakan kanak-kanak untuk aktiviti pemberontakan.


Sindiket menyeludup buruh dan perdagangan seks mengeksploitasi wanita, lelaki, individu LGBTQI+, dan kanak-kanak dari Thailand dan negara Asia Tenggara lain, Sri Lanka, Rusia, Uzbekistan dan beberapa negara Afrika di Thailand.


"Ahli etnik minoriti, penduduk di tanah tinggi dan orang tanpa kerakyatan di Thailand pernah mengalami penderaan yang menunjukkan pemerdagangan orang. Kanak-kanak dari Thailand, Burma, Laos dan Kemboja menjadi mangsa seks di rumah pelacuran, rumah urut, bar, lounge karaoke, hotel dan kediaman persendirian.


"emerdagang mendorong gadis dan lelaki Thailand melakukan aksi seks melalui video dan gambar di Internet, kebiasaannya dengan memeras ugut mangsa dengan imej eksplisit. Kanak-kanak dipikat oleh pengedar dalam hubungan seks komersial melalui Internet, aplikasi sembang dan janji temu serta platform rangkaian sosial yang lain.


"Kanak-kanak di rumah anak yatim berisiko diperdagangkan. Anak-anak keluarga yang kehilangan pekerjaan kerana kesan pandemik, termasuk dalam kalangan keluarga migran, semakin berisiko untuk diperdagang," menurut laporan itu.


Pemilik kapal, broker dan kru kanan kapal turut didapati merekrut lelaki Thailand, Burma, Kemboja, Vietnam dan Indonesia untuk bekerja paksa di atas bot nelayan Thailand dan asing.


"Sesetengah tekong bot mengancam, memukul dan memberi dadah kepada nelayan supaya bekerja lebih lama dan menjual dadah kepada nelayan sebagai cara untuk memerangkap mereka dengan hutang. Pemilik kapal turut merampas dokumen pengenalan diri nelayan.


Penyelidikan yang diterbitkan pada 2019 dan 2020 mendapati antara 14 dan 18 peratus nelayan migran dieksploitasi dalam kerja paksa dalam industri perikanan Thailand, dengan pengedar mengeksploitasi beribu-ribu pekerja di atas kapal nelayan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 63902 Replies : 1987
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 3691 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 18506 Replies : 23
Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?
maklukpenggodaTukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke
Views : 25825 Replies : 20
Kehebatan Raja Ema
maklukpenggodaKehebatan Raja Ema
Views : 35552 Replies : 38
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32497 Replies : 30
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7103 Replies : 19
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27120 Replies : 16
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106855 Replies : 6029
Bukan acik forum, Rosyam tetap saman
maklukpenggodaBukan acik forum, Rosyam tetap saman
Views : 13092 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.027913 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list